HIBURAN
Usia Bukan Halangan! Farahdhiya Yakin Jodoh Akan Tiba Pada Tepat Waktu - “Masih Lagi Ada Harapan…”
Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya tidak melihat usia sebagai penghalang untuk mendirikan rumah tangga meskipun kini sudah mencecah 41 tahun.
Mengambil perkahwinan pelakon Indonesia, Luna Maya sebagai contoh Faradhiya berpendapat menamatkan zaman bujang pada lewat usia adalah satu momen yang tiba ketika seseorag itu sudah bersedia dan tenang.
“Ternampak Luna Maya kahwin pada usia 42 tahun, jadi saya masih lagi ada harapan la kan (untuk kahwin). Ke saya kena cari yang muda?
“Pernikahan Luna Maya bukan cerita tentang lambat, tetapi tentang tepat. Setelah melewati banyak fasa hidup, ini tentang akhirnya menikah saat hatinya tenang, bukan tergesa,” tulisnya di Instagram Story.
Pelantun lagu Ku Tak Rela itu juga berkongsi pandangannya bahawa kebahagiaan sebenar tidak ditentukan oleh cepat atau lambatnya sesuatu perkara berlaku sebaliknya ia hadir pada waktu yang paling jujur dan tulus.
“Ini relevan buat siapa pun yang percaya bahawa kebahagiaan akan datang di waktu yang paling jujur, bukan paling cepat,” tambahnya.
Pada Rabu, Luna Maya selamat mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya, Maxime Bouttier selepas hampir tiga tahun bercinta.
Hos Indonesia Next Top Model itu menerima mas kahwin 7.5 gram logam mulia dan 2,025 Dolar Amerika Syarikat (AS$2025) bersamaan RM8,600 yang dibayar secara tunai.
Must-Watch Video