Hiburan

Adik Nafi Bella Astillah Sudah Berbaik Dengan Aliff Aziz - “Saya Bagi Berita Sahih, Memang Nak Cerai”

gempak
Asyikin Mayudin
04/06/2024
02:25 MYT
Sponsor Banner
Adik Nafi Bella Astillah Sudah Berbaik Dengan Aliff Aziz - “Saya Bagi Berita Sahih, Memang Nak Cerai”
Adik kepada pelakon dan penyanyi Bella Astillah iaitu aktres Didi Astillah tampil menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan kakaknya sudah berbaik dengan penyanyi Aliff Aziz.

Kongsi Berita Sahih

Didi menerusi siaran langsung di TikTok berkata netizen perlu percaya dengan apa yang dikatakannya memandangkan dia hanya memberi berita yang sahih.
“Untuk pengetahuan korang, Bella memang tak ada contact okay. Berita ini sahih okay, janji… janji. Siapa yang dah terkomen, tengok live ini, yang rasa macam geram kat artikel itu, yang bash (hentam) Bella, korang pergi komen balik.

“Pergilah beritahu yang adik Bella dah beritahu tak ada, ah tak ada berbaik,” tegas Didi.

Pada perkongsian yang sama juga, Didi menegaskan Bella sama sekali tidak berbaik malah masih nekad meneruskan keputusannya untuk bercerai dengan Aliff.

Tak Pernah Berbaik & Berhubung

“Kamu jangan percaya benda itu. Kadang-kadang kan berita yang tak sahih itu yang keluar. Saya nak cakap satu saja, Bella… kakak saya tidak berbaik, tidak berhubung pun.
“Memang mahu cerai sudah, itu saja cerita dia okay. Saya memang bagi berita sahih, memang nak cerai. Itu saja cerita dia,” kata Didi lagi.

BERITA TRENDING: Bella Astillah Mohon Semua Pihak Henti Buat Andaian Mengenai Rumah Tangganya - “Tak Bermakna Bila Saya Tak Nak Jawab,…

Semalam, Bella Astillah meluahkan rasa kesal terhadap artikel yang dikeluarkan segelintir blogger hiburan yang menggunakan tajuk seakan-akan memberi bayangan dia dan suaminya, Aliff Aziz sudah berbaik.
Bella menerusi Instastory miliknya berkata dia memilih untuk tidak ditemu bual oleh para media kerana tidak mahu kenyataannya diputar belit oleh pihak lain seperti artikel yang tersebar pada Isnin.

BERITA TRENDING: Ruhainies Suka Belanja Orang Makan

Bella menegaskan tidak semestinya dirinya berdiam diri bermaksud segala spekulasi mengenai rumah tangganya adalah benar dan memohon agar semua pihak berhenti membuat andaian sendiri mengenai hubungan dia dengan Aliff.
Terdahulu, media melaporkan Bella memilih untuk mengunci mulut mengenai dakwaan dia sudah berbaik dengan Aliff Aziz sekali gus membiarkan persoalan terbiar tanpa jawapan.
Menerusi laporan tersebut, pengurus Bella, Umi Atiqah berkata, segala dakwaan akan dijawab tuan badan selepas kes mahkamah antara Bella dan suami selesai.
Difahamkan juga kes mahkamah antara Bella dan Aliff ditunda daripada 4 Jun ke 13 Jun, timbul dakwaan yang mengatakan pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu kembali berbaik dengan suaminya.
Kontroversi rumah tangga Aliff dan Bella tercetus apabila penyanyi kelahiran Singapura itu ditangkap khalwat bersama pelakon Ruhainies di sebuah kondominium pada 9 Mac lalu.
Bella kemudian memfailkan cerai terhadap di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu.
Lebih panas apabila muncul pula seorang wanita Singapura, Sarah Yasmine yang mengaku menjalin cinta dengan Aliff sejak Januari lalu.
Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?
Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live