Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

"Adik Ni Jual Laksa, Bukan Mencuri Atau Mintak Sedekah" - Gambar Dua Beradik Ini Berniaga Undang Sebak Netizen

Hanafis Haris
15/04/2019 06:16 MYT
Tidak semua lahir hidup dalam keadaan yang serba senang. Bagi sesetengah individu, kehidupan mereka agak mencabar dan terpaksa berusaha lebih demi meneruskan kelangsungan hidup.
 
Begitu juga lah situasi dua adik beradik yang secara tiba-tiba menjadi perhatian netizen di Twitter. Semuanya gara-gara dua keping gambar yang dimuat naik seorang pemuda dikenali sebagai @TheUsopIbrahim.
 
Gambar terbabit memperlihatkan dua adik beradik ini sedang menjual laksa di pintu hadapan Tesco Extra Ampang berhampiran Petronas Jalan MRR2.
 
Menerusi tweet itu, pemuda terbabit menjelaskan dua beradik ini terpaksa menjual laksa bagi menampung sesi persekolahan adik mereka yang akan mengambil Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada tahun ini.  
"Kalau ada siapa singgah sini boleh la beli ye. Terima kasih. retweet rezeki adik-adik ni.
"Ramai yangg reply pernah beli and laksa dia memang sedap," katanya.
 
Sehingga kini tweet berkenaan telah menerima 12,000 perkongsian dan 4,700 likes.
 
Gambar berkenaan secara tidak langsung mencetuskan rasa sebak dalam kalangan netizen. Ini antara komen mereka.
#Viral #Viral #Twitter #Tesco