Penyanyi Adira Suhaimi mendapat kecaman daripada warganet gara-gara pakaian yang diperagakan ketika membuat persembahan di sebuah rancangan realiti hiburan pada Ahad.

Selain gaya tudungnya yang didakwa netizen seperti biarawati, garisan jahitan pada pakaian jenis PVC yang dipakainya itu menampakkan seakan-akan bentuk p*ting payudaranya.

Enggan melatah, Adira tampil mengulas mengenai dakwaan netizen seusai acara tersebut.

"Tengoklah benda lain, yang tengok benda itu kenapa? Takkanlah kita biar ‘benda’ itu terkeluar macam itu! Ini fabrik PVC.

"Orang yang tahu akan sedar bahawa pakaian saya ini jenis jahitan PVC, ini adalah fesyen.

"Saya terima semua kritikan dan anggap itu semua perkara yang baik, kalau netizen tidak bercakap begitu, saya sendiri tidak tahu dan sedar," katanya kepada media.

Adira dalam pada itu turut berterima kasih kepada netizen kerana cakna dan sentiasa peka dengan apa digayakannya yang barangkali kurang sesuai di mata mereka.

“Apapun saya berterima kasih kepada semua netizen kerana peka dan ambil berat tentang saya, saya akan perincikan satu persatu setiap komen.

“Saya akui segala kekurangan pakaian yang saya gayakan malam ini (semalam), saya rasa busana ini sangat cantik namun tidak di mata mereka, tidak mengapa.

“Saya cuba memperbaikinya, insya-Allah minggu depan tidak akan ada lagi orang boleh persoalkan (pakaian), saya akan tampil dengan fesyen lebih ‘vass’. Saya akan buat mereka (netizen) menangis pula," ujarnya.

Sumber; Kosmo! mStar