Adira Nafi Bakal Rujuk, Anggap Kenyataan Datuk Red Hanya Gurauan - “Tiada Berita Gembira, Dia Memang Jenis Suka Bergurau”
Penyanyi, Adira Suhaimi menafikan dakwaan bakal kembali rujuk bersama bekas suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red selepas Aidilfitri ini.
Anggap kenyataan Datuk Red hanya gurauan
Menurut Adira, dia menganggap kenyataan yang dikeluarkan Datuk Red sebelum ini hanyalah sekadar gurauan.
"Datuk Red jenis suka bergurau, dia juga suka main cakap saja. Misalnya, dalam sesi 'live', ada orang bertanya sama ada sudah berkahwin balik, rujuk ke? Dia akan jawab 'sudah'.
"Dia orangnya jenis begitu, dia akan jawab ya. Orang yang kenal, tahulah perangai dia macam mana. Jadi, tiada berita gembira daripada kami," jelasnya.
Adira berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Nova Music, 17 Eleven Music dan Future Music Entertainment bertempat di Glam Hall, Damansara baru-baru ini.
Belum terfikir untuk berkahwin
Dalam masa yang sama, Adira juga menjelaskan buat masa ini dia masih belum terfikir untuk berkahwin semula.
Bagaimanapun pemilik nama Siti Adira Suhaimi, 34, ini menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT.
"Ramai mendoakan, tapi belum ada berita gembira. Saya tidak lagi sampai tahap itu, belum fikir untuk ada orang lain.
"Apa yang boleh saya cakap, saya selesa hidup seperti ini. Saya tengah fokus nak besarkan anak-anak dan cari rezeki. Anak-anak saya ramai dan mereka sangat perlukan saya.
"Bagi saya, kalau ada jodoh, adalah... Kalau tiada pun tak mengapa," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:Adira Suhaimi Kongsi Ciri-Ciri Suami Harapan, Tak Kisah Soal Sekufu – “Tak Semesti Dua-Dua Kaya, Yang Penting…”
ARTIKEL BERKAITAN:Datuk Red Mahu Tunaikan Hasrat Adira, Bakal Adakan Majlis Kahwin Jika Ada Jodoh - “Hari Itu Nikah Sorok, Takkan Kali Ini Nak Juga?"
ARTIKEL BERKAITAN:Adira Jawab Dakwaan Bersekedudukan Dengan Datuk Red Gara-Gara Sering Live Bersama – “Status Saya Masih Lagi Ibu Tunggal”
ARTIKEL BERKAITAN:Adira Sebak Kakak Beri Kejutan Hadiah Birthday - “Dari Kecil Tak Pernah Ada Bilik, Selimut & Cadar Sendiri”
ARTIKEL BERKAITAN:Gimik Bagi Cincin, Adira Nafi Dakwaan Mempermainkan Isu Rumah Tangga - “Cukuplah Hanya Saya & Abang Red Sahaja Tahu”