Skip to main content

Budaya Popular

Datuk Red Mahu Tunaikan Hasrat Adira, Bakal Adakan Majlis Kahwin Jika Ada Jodoh - “Hari Itu Nikah Sorok, Takkan Kali Ini Nak Juga?"

astrogempak_datik-red-adira-majlis.jpg

Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red berkongsi perkara tersebut sewaktu melakukan sesi siaran langsung di TikTok. 

“Insya-Allah. Saya ada suarakan dekat Adira (untuk nikah)... tapi dia kata hari tu bernikah pun sorok-sorok. Takkan nikah kali ini nak sorok-sorok juga?
 
“Bagilah ada majlis sedikit. Betul juga apa yang dia kata,” ujarnya.
 

 

“Kesiankanlah dia. Jadi saya akan tunaikan permintaan terakhir dia.Doakan saya,” tambahnya lagi.
 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar Datuk Red dan bekas isterinya itu bersatu semula di atas jinjang pelamin.
 
“Semoga Adira sihat, panjang umur dan ada jodoh semula dengan Datuk.
 
“Semoga dipermudahkan segala urusan Datuk Red dan Adira berjodoh semula.
 
“InsyaAllah, dipermudahkan segalanya syukur Alhamdulillah,”komen beberapa netizen
 
Sekadar info, Datuk Red menceraikan Adira yang merupakan isteri keduanya dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor.
 
Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.
 

Must-Watch Video

Advertisement