Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Adira Suhaimi Sedia Pikul Status Ibu Tunggal - “Nak Atau Tidak, Kena Juga Harungi”

Asyikin Mayudin
29/04/2024 07:55 MYT
Penyanyi Adira Suhaimi mengambil pendekatan untuk tidak memberi penjelasan lanjut mengenai status terbaharunya yang kini bergelar ibu tunggal.

Sedia Pikul Tanggungjawab

Adira atau nama lengkapnya Siti Adira Suhaimi, 32, berkata dia tiada pilihan lain dan harus menjalani kehidupan seperti biasa biarpun kini membawa gelaran tersebut.

“Saya tidak boleh komen fasal itu (status ibu tunggal) lagi. Sebab saya belum laluinya lagi. Apa pun, nak atau tidak kena juga harungi,” katanya

Adira berkata demikian sejurus selesai proses lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang pada Rabu lalu.

Pada Rabu lalu Adira sah bercerai talak satu dengan bekas suami, Datuk Red selepas lafaz talak dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar sekitar pukul 9.45 pagi.

Abdul Hadi Omar turut mengesahkan lafaz tersebut adalah sah mengikut hukum syarak.

Sementara itu, Datuk Red ketika prosiding sedang dibacakan kelihatan tunduk sayu manakala Adira hanya kelihatan tenang.

Dalam masa sama, Adira juga bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah terhadap Datuk Red.

Terdahulu, Adira memfailkan perceraian terhadap suaminya, Datuk Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu pada 25 Oktober 2023.

Kemudian, pada 5 Mac lalu, prosiding keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) antara mereka gagal apabila penyanyi itu tetap nekad untuk berpisah.

Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 2.

BERITA TRENDING: “Ada Wajah Kita Tak Mahu Berpisah, Tapi Terpaksa Melepaskannya” - Datuk Red

BERITA TRENDING: Tak Tuntut Nafkah, Adira Suhaimi Faham Keadaan Datuk Red - “Saya Tak Nak Susahkan Dia Yang Tengah Down”

#Adira Suhaimi #Datuk Red #Datuk Seri Adnan Abu #Adira cerai #Adira ibu tunggal
;