Viral
Admin Group Video Lucah Facebook Didenda RM5,000, Merayu Hukuman Diringankan - "Saya Tiada Sesiapa Lagi..."
"Saya tak ada sesiapa lagi, hanya ada abang, saya harap hukuman diringankan," demikian rayuan lelaki yang didakwa di Mahkamah Sesyen Muar, Johor atas pertuduhan mengakses pornografi kanak-kanak di media sosial.
Mohamad Reizal Dagang, 40, yang mengaku bersalah selepas pertuduhan dikemukakan terhadapnya sebelum Hakim Sayani Mohd Nor menjatuhkan hukuman denda RM5,000.
BERITA TRENDING: Polis Ada Hak Periksa Telefon Bimbit Orang Awam Jika Mengesyaki Seseorang Melakukan Kesalahan
Mahkamah juga memerintahkan pembantu kedai makanan itu dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda dikenalkan terhadapnya.Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengakses bahan pornografi kanak-kanak di rumahnya di Tangkak, 9 malam, 23 Disember lalu.
Oleh itu tertuduh, didakwa mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017, penjara sehingga lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-dua, jika sabit kesalahan.
BERITA TRENDING: Blake Lively Dakwa Terima Gangguan Seksual Dari Justin Baldoni, Tambah Adegan Lucah Dalam Filem
BERITA TRENDING: Tukang Sapu Didenda RM80,000 Sebar, Jual Kandungan Papar Kegiatan 'Swinger'
Berdasarkan fakta kes, polis menerima laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) selepas mengesan 'admin' dalam Facebook.Dalam kumpulan Facebook terbabit, ia memuatnaik gambar dan video lucah kanak-kanak termasuk mereka sedang memakai uniform sekolah.
Tertuduh bertindak sebagai pentadbir kumpulan itu di mana akan memberi kebenaran kepada mereka yang ingin menyertainya.
Selepas menjadi ahli, mereka boleh memuatnaik pelbagai video dan gambar lucah kanak-kanak yang mana hanya boleh diakses kepada mereka terpilih sahaja.
Pada 24 Disember tahun lalu, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak dan SKMM menerusi Ops Pedo menyerbu rumah didiami tertuduh.
Pemeriksaan mendapati tertuduh mengakses bahan lucah dan video kanak-kanak selain pernah diberi amaran oleh pihak Facebook hingga digantung tiga bulan.
BERITA TRENDING: Jijik! Tular Dakwaan Anggota Polis Lengkap Beruniform Buat Isyarat Lucah Kepada Seorang Wanita Ketika Bertugas – “Laki Siapa Ni Tolong Kutip”
Dalam serbuan itu, tertuduh mengakui bertindak sebagai pentadbir Facebook terbabit selain menemui beberapa pencarian yang pernah dilakukan tertuduh sebelum ini.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Diyana Najihah Muhamed Fauzi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sumber: Harian Metro
Must-Watch Video