Laman Utama

"Adoi Pecah!" - Ramai Terhibur Dengan Video Nabila Huda Masak Ketam!

gempak
Asraf Aided
19/08/2021
11:40 MYT
Sponsor Banner
"Adoi Pecah!" - Ramai Terhibur Dengan Video Nabila Huda Masak Ketam!
Aktres Nabila Huda mencuri perhatian warganet dengan celotehnya dalam sebuah video masakan.
Menerusi perkongsian di Instagram, Nabila yang mesra disapa Abil menunjukkan cara-cara memasak ketam bersama asparagus.
Namun yang menarik perhatian adalah suara pertuturannya yang menyerupai suara penterjemah internet, Google Translate.
"Cooking show Google Translate! Hahahaha," tulis Abil sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Abil terhibur dan mengatakan suara yang ditiru itu menjadi.
"Adoi pecah!
"Hahaha sampai habis saya teliti je dengar ayat google translator tu.
"Apasal sebijik macam google translate ni," tulis netizen.
Setakat artikel ini ditulis, video masakan tersebut telah mencecah lebih 200,000 tontonan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live