Selepas Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin mengumumkan sesi persekolahan dibuka semula bermula 1 Mac ini secara berperingkat, pelbagai reaksi diterima daripada ibu bapa.

Ramai ibu bapa yang bersetuju sekolah dibuka semula selepas mengambil kira beberapa faktor termasuklah keciciran pelajaran.

Kumpulan yang bersetuju ini berpendapat, sudah tiba masanya ibu bapa ‘menerima’ kewujudan Covid-19 ini dalam komuniti, disamping mengamalkan SOP seperti yang ditetapkan.

Dalam masa sama ibu bapa perlu memastikan kesihatan fizikal dan mental anak-anak sebelum kembali ke sekolah.

“Alhamdullillah, jangan kalut-kalut…Dah cantik dah tu KPM atur bergilir-gilir.2 ...utk 2 minggu ni pastikan anak kita sihat fizikal dan mental sebelum masuk ke sekolah.

“Jaga kesihatan ya adik-adik semua, boleh dah mula tidur awal dan praktis bangun awal nak pegi sekolah. Kalau ada rasanya yang merentas negeri balik dari mana-mana sebab nak sekolah ni kan, haa..pandai-pandailah kita semua.

“Kan dah penah lalui sebelum ini ...Semoga Allah melindungi anak-anak kita…Amin ya rabbal alamin,” tulis pengguna laman sosial, Zaisyarfna Zam.

Dalam pada itu ada juga ibu bapa yang mengeluh dan menganggap pengumuman dibuat pada saat akhir.

Mereka turut meluahkan rasa kurang senang kerana sudahberhabis duit membeli peranti elektronik seperti komputer riba dan tablet untuk memudahkan sesi pembelajaran PdPR anak-anak.

“Cikgu-cikgu diarah buat PdPR, mak bapak pecah tabung beli gajet, TV pulak dah mula siar saluran tv pendidikan, sama macam jadual cikgu…Tup-tup umum sekolah dibuka,” tulis Gaban Ruz pada ruangan komen artikel pembukaan sekolah yang dikongsi Gempak semalam.

“Orang baru beli baju dia tutup sekolah, orang baru beli tablet dia bukak sekolah. Bukak DidikTV untuk PdPR, dia announce start PDP dalam masa terdekat! Ko nak ape sebenarnya ni,” komen Fairus Afiah.

#GempakNews: Siapa dah rindu nak ke sekolah? Ingat kena stay safe

Posted by Astro Gempak on Friday, 19 February 2021
Terdahulu Radzi mengumumkan sesi persekolahan bagi murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua akan bermula 1 Mac ini.

Manakala murid Tahun Tiga hingga Tahun Enam dibenarkan hadir ke sekolah pada 8 Mac.

Sementara itu bagi pelajar sekolah menengah kategori kumpulan A iaitu di Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah pula akan bermula pada 4 April diikuti 5 April membabitkan kumpulan B bagi negeri lain.

Selain itu, kolej vokasional bagi Sijil dan Diploma Vokasional Malaysia Tahun 1 (Semester dua) juga dibenarkan beroperasi pada 1 Mac manakala sekolah antarabangsa serta pusat tuisyen bermula 8 Mac.

Tarikh pembukaan penuh sekolah itu membabitkan semua sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

"Tarikh pembukaan semula sekolah ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.

"Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM pula, mereka juga disaran untuk turut mengikut tarikh pembukaan penuh sekolah dan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya dalam sidang media khas, pada Jumaat.