Aedy Ashraf Akui Tak Ada SPM, Korbankan Zaman Remaja Demi…
Asyikin Mayudin
23/10/2023 05:55 MYT
23/10/2023 05:55 MYT
Pelakon Aedy Ashraf mengakui dia sanggup mengorbankan zaman persekolahannya dan memberi tumpuan kepada bidang lakonan demi menampung kehidupan keluarganya.
Tiada perasaan bangga jalani kehidupan berbeza dengan remaja lain, Aedy berkata dia mengambil keputusan tersebut kerana memikirkan ketika itu keluarganya berdepan dengan masalah kewangan.
“I cakap dekat ibu ‘adik kena buat keputusan, kalau adik nak pergi shooting, adik kena berhenti sekolah dan kalau adik nak pergi sekolah, adik tak boleh shooting’.
“Sebab kalau I pilih sekolah, dan kita tak akan ada duit nak makan setiqp hari. Sebab kalau I mula fokus pada shooting, I sangat fokus dan ada peluang untuk pergi uji bakat… walaupun kena naik train, teksi, bas, I pergi seorang.
“I rasa semua kerja keras yang I letakkan masa itu terbayar sekarang. I bukan cakap yang I bangga tak pergi sekolah, tak habis sekolah, tak ambil SPM,” kata Aedy ketika menjadi tetamu di Podcast Sembang studio bersama Amelia Henderson.
Mengakui pendidikan sangat penting, namun Aedy lebih mementingkan keluarganya dan mahu membiayai pengajian kakaknya.
“Sebab I rasa, masa itu masalah dari segi kewangan untuk keluarga. Memang tak ada duit langsung. Pendidikan sangat penting… kalau I ada duit waktu itu, kalau keluarga sekurang-kurangnya ada duit sikit masa itu, I akan belajar.
“Sebab memang penting… tapi lagi sekali, tak semestinya you tak pergi sekolah, tak boleh belajar benda-benda dekat dunia. I ambil inisiatif fokus shooting, belajar daripada buku-buku lakonan.
“Banyak buku lakonan yang I belajar beli daripada Ebay, I cakap dekat ibu, ‘biar adik cari duit, tapi adik nak kakak sambung belajar’. Jadi I bayar kakak punya kolej. Masa umur 17 tahun, I bayar yuran kolej kakak, semua bil.
“Walaupun tak banyak langsung duit masa itu tapi I rasa dah buat keputusan nak tak nak, I kena buat sampai habis. Itu keputusan yang sukar tapi I sangat gembira dengan keputusan itu,” kongsinya lagi.
BACA SINI: Respons Aedy Bila Amelia Kongsi Tentang Wanita Tak Memasak Bikin Netizen Tak Senang Duduk