Laman Utama

Respons Aedy Bila Amelia Kongsi Tentang Wanita Tak Memasak Bikin Netizen Tak Senang Duduk

gempak
Izwan Isa
11/09/2023
03:50 MYT
Sponsor Banner
Respons Aedy Bila Amelia Kongsi Tentang Wanita Tak Memasak Bikin Netizen Tak Senang Duduk
Kisah hubungan istimewa antara pelakon dan pengacara Amelia Henderson dan dramatis Aedy Ashraf bukanlah satu hal yang baharu.
Sejak kebelakangan ini, dua nama tersebut sering meniti di bibir peminat sebagai pasangan yang secocok bersama.
Dan hal itu turut menjadi bualan pengguna media sosial baru-baru ini apabila Amelia menyatakan dia yang dia tidak mempunyai kemahiran untuk memasak.
Menerusi platform X, Amelia menulis: “Do people really believe that you’re less of a woman if you don’t cook?” tulisnya.
Tidak berapa lama kemudian, Aedy turut membuat hantaran di platform sama, tanpa menyebut sebarang nama. Hantaran tersebut berbunyi:
“It’s okay I’m a good cook,” kongsinya.
Sudah tentu peminat dan netizen yang melihat ‘perbualan’ dua individu berkenaan memberi respons positif.
“Amelia tweet pasal tak reti masak and then Aedy tweet ‘I am a good cook’. I find it so cute?! Plot macam ni la yang I selalu baca dalam buku and menggelupur sebab comel.”
“I pun rasa it’s cute walaupun I takda ship dorang ke apa but it’s so cute. I hope they are meant to be and they’ll live happily ever after.”
BACA: “Saya Selesa Dengan Dia” - Aedy Serah Urusan Jodoh Pada Takdir, Syukur Ramai Doakan Baik-Baik​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live