Hiburan

Aedy Ashraf Pernah Dibuli, Sedar Kepentingan Martial Art - “Bukan Untuk Bergaduh, Sekurangnya Ada Asas Mempertahankan Diri”

gempak
Mya Amri
10/08/2024
03:55 MYT
Sponsor Banner
Aedy Ashraf Pernah Dibuli, Sedar Kepentingan Martial Art - “Bukan Untuk Bergaduh, Sekurangnya Ada Asas Mempertahankan Diri”
Pelakon terkenal, Aedy Ashraf mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa buli sewaktu di zaman persekolahan.

Jadi target kawan pau duit

Berkongsi tentang kenangan pahit itu, Aedy atau nama sebenarnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi berkata dia perlu memberikan wang saku sebanyak RM2 setiap hari pada seorang rakannya.
"Kalau nak cakap pasal buli, saya juga pernah dibuli waktu di sekolah dulu dalam darjah lima atau darjah enam, macam itulah.

"Alhamdulillah, fasa saya dibuli itu tidaklah teruk mana. Paling teruk saya pernah kena pun ialah ada seorang kawan saya ini suka minta saya RM2 setiap hari.

"Tapi masa itu, saya adalah duit sikit dan anggap itu sebagai cara nak belanja kawan-kawan.
"Satu hari saya tak bawa duit ke sekolah dan tiba-tiba kawan saya ini nak marah-marah saya. Daripada situlah berlakunya fasa saya dibuli sampai melibatkan fizikal,” kongsinya.
Aedy berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis Wrap Party Kahar Kapla High Council bertempat di Six In The City, Petaling Jaya baru-baru ini.
Kata Aedy lagi, kejadian itu berlaku mungkin disebabkan sikapnya yang terlalu baik antara faktor dirinya menjadi 'target' pembuli di sekolah.
"Pada saya orang yang membuli ini, dia (individu) tak ada sebab pun cuma nak membuli suka-suka saja dan dapat rasa diaorang hebat.
"Mungkin juga saya dibuli sebab waktu itu dah mula berlakon (popular) dan sebab saya budak baik kot.

"Sudah pasti pengalaman dibuli adalah satu fasa yang tidak selesa sampaikan saya rasa nak keluar dari fasa itu,” ujarnya.

Belajar seni mempertahankan diri

Dalam pada itu, Aedy berkata pengamalan dibuli itu membuatkan dirinya sedar akan kepentingan untuk mempelajari seni mempertahankan diri.
"Saya jadikan pengalaman dibuli itu sebagai satu cara untuk saya kekal positif dengan cara belajar mempertahankan diri.

"Belajar ‘martial art’ bukan untuk bergaduh tetapi supaya lebih berani berdepan dengan situasi yang kita sendiri tak tahu di masa akan datang.

"Sekurang-kurangnya bila kita ada sedikit asas mempertahankan diri, kita tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya.
Selain Aedy, empat lagi pelakon utama yang membintangi filem Kahar: Kapla High Council adalah Amir Ahnaf, Sky Iskandar, Thompson Goh dan Khenobu.
Terbaharu, Astro Shaw mendedahkan nama-nama daripada siri premium popular Project High Council yang dikembalikan untuk filem prekuel ini.
Barisan pelakon tersebut adalah Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Nadhir Nasar, Naim Daniel, Yusof Hashim (Ucop), Sathisvaran, Hushairy Hussain, Ameer Asyraf dan Hasnul Rahmat.
Skrip filem Kahar: Kapla High Council pula ditulis oleh pencipta atau ‘creator’ Project High Council, Anwari Ashraf bersama beberapa penulis lain, dan diarahkan Razaisyam Rashid.
Selain itu, pihak Astro Shaw turut mengumumkan secara rasmi rakan kerjasama iaitu HM Entertainment dan ZAK Capital.

ARTIKEL BERKAITAN:Amir Ahnaf Pernah Jadi Mangsa Buli, Syukur Dapat Atasi Trauma - “Kalau Saya Tak Hadapi Dengan Betul…”

ARTIKEL BERKAITAN:Mantap! Gambar First Look Kahar: Kapla High Council Ni Pun Dah Buat Ramai Tak Sabar Nak Tengok

ARTIKEL BERKAITAN:Kahar Kapla High Council: Lepas 20 Tahun Baru Dapat Watak Anak Kelantan, Aedy Ashraf Tak Sabar Nak Jadi Beja - “Negeri Tempat Saya Dilahirkan”

ARTIKEL BERKAITAN:Ramai Mahu Jadi Kahar Tapi Amir Ahnaf Bagi Amaran!

ARTIKEL BERKAITAN:Aedy Ashraf Rupanya Orang Kelantan, Tak Sabar Nak Jadi Beja & Kecek Kelate

Terdahulu, Astro Shaw memperkenalkan ‘Lesen High Council’ iaitu pas eksklusif untuk peminat turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang melibatkan barisan pelakon.
Bagi fasa pertama, peminat berpeluang menyertai peraduan jawab 100 soalan di portal Gempak.
Hampir 2000 penyertaan diterima dan 100 nama pemenang pertama telah diumumkan.
Manakala, 10 pemenang yang menjawab paling pantas telah dipilih untuk bersama-sama menyertai acara istimewa perarakan Hari Merdeka pada 31 Ogos nanti.
Bagi mereka yang tidak berjaya memenangi Lesen High Council, berita baik untuk peminat filem ini.
Anda juga berpeluang untuk dapatkan Lesen High Council Edisi Khas menerusi rakan penaja filem ini iaitu, Tune Talk.
Nantikan kemunculan Lesen High Council Edisi Khas yang terhad ini, istimewa untuk para pengguna Tune Talk.
Untuk maklumat lanjut dan pelbagai lagi tawaran menarik, ikuti Tune Talk di media sosial atau layari laman web rasmi Tune Talk di https://www.tunetalk.com/.
Peminat juga boleh dapatkan koleksi hoodie eksklusif Kahar : Kapla High Council edisi terhad menerusi Gempak Official Store di platform Shopee bermula 8 Ogos.
Layari portal rasmi Kahar : Kapla High Council, www.gempak.com/KaharKaplaHighCouncil dan juga radio rasmi Kahar : Kapla High Council, radio no satu paling legit, Era.
Ikuti info dan pengumuman lanjut tentang filem ini menerusi akaun media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak. Gunakan #KaharKaplaHighCouncil untuk berkongsi tentang filem ini di media sosial anda.

SINOPSIS:

Kahar: Kapla High Council mengisahkan tentang Kahar, seorang pelajar tingkatan 4 yang pendiam dan kerap menyisihkan diri di sekolah berasrama penuh Kolej Ungku Deramat (KUDRAT), sering berasa tertekan kerana bapanya, Dato Abu Yamin meletakkan harapan tinggi.
Berpunca dari satu insiden, tanpa sengaja Kahar terjerumus dalam ‘Pilihanraya’, di mana calon-calon dari setiap rumah asrama KUDRAT bertarung untuk menjadi Kapla, ketua kepada High Council, selaku “pemerintah” tidak rasmi bagi seluruh badan pelajar.
“Pencapaian” baharu Kahar itu bagaimanapun mengundang musuh dari segala arah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live