Vokalis Drama Band, Aepul Roza mendedahkan berdepan dugaan hilang suara menjelang Anugerah Juara Lagu ke-34 pada Ahad ini.

Kata Aepul, dia bimbang keadaan kesihatannya itu menjejaskan persembahannya nanti.

"Beberapa hari sebelum AJL dan saya hilang suara saya sejak semalam. Apalah nasib," kongsi Aepul menerusi akaun media sosialnya.

Peminat yang prihatin terhadap keadaan terkini Aepul itu mendoakan agar segera pulih dan memberikan aksi luar biasa pada AJL nanti.

Malah, ada juga yang berkongsi petua untuk menyembuhkan kecederaan pita suara.

"Relax bro, banyakkan berdoa, telan teh madu limau banyak-banyak, semoga lekas sihat," tulis @yobahcti.

"Minum air asam jawa," tambah @shahrizalisa.

"Alamak bos, telan madu banyak-banyak," saran @riezky_92.

"Makan madu 6 ke 7 kali sehari sampai sembuh. Bangun pagi dan sebelum tidur malam.

"Biasanya makan madu kena pakai sudu plastik,"
tulis @calcifer_00.

"Telan vanilla, aiskrim yang mahal baru jadi. Kalau air asam itu mengarut, makin koyak tekak kau," tambah @taufiqbani.

"Cari Euphon dekat farmasi," tulis @monsterious pula.

"Minum air bawang suam, tumbuk bagi pecah bawang, rendam dalam air panas. Suam sikit baru minum," saran @bolong88.

Lagu nyanyian Drama Band, Drama bakal berentap di AJL34 pada Ahad ini dengan 11 lagu lain antaranya Ku Bersuara, Sumpah, Rampas, Dinda dan Peneman.

AJL34 disiarkan secara langsung dari Axiata Arena Bukit Jalil.