Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Aerosmith Bubar Lepas 40 Tahun Kerana Vokalisnya, Steven Tyler: “Kami Mahu Membuat Semua Peminat Terpukau Tapi…”

Maliah Surip
06/08/2024 13:50 MYT
Band terkenal Aerosmith mengumumkan pembubaran mereka selepas vokalis, Steven Tyler mengalami masalah kesihatan yang tidak berpenghujung.

Pembubaran tersebut diumumkan pada minggu lalu sekaligus menyaksikan konsert siri jelajah sempena 40 tahun band yang pernah empat kali menerima anugerah Grammy itu dibatalkan.

BERITA TRENDING: Wanita Terima Gangguan Seksual Dari Steven Tyler, Dakwa Leher Dijilat

BERITA TRENDING: “Ini Bukan Soal Politik Tapi ...” - Aerosmith Larang Donald Trump Guna Lagu Mereka

Aerosmith menjelaskan keputusan berat itu diambil selepas Tyler, 76, bergelut sangat lama untuk pulih daripada masalah kerosakan peti suara yang dialaminya sejak tahun lalu.

“Tyler telah menghabiskan berbulan-bulan untuk mengembalikan vokalnya seperti sebelum mengalami masalah.

“Kami melihat dia bergelut untuk pulih dengan bantuan terbaik daripada pakar.

“Sayangnya Tyler tidak dapat pulih sepenuhnya. Jadi kami terpaksa membuat keputusan yang sangat berat dan sukar.

“Sebagai lebih daripada sebuah band, sebagai keluarga kami bubar dan tidak lagi melakukan persembahan pentas,” tulis kenyataan tersebut seperti dilaporkan AP.

Kenyataan itu juga menulis: “Kami mahu membuat semua peminat terpukau dengan siri konsert ini menerusi vokal Tyler yang menjadi instrumen penting Aerosmith, tapi tidak menjadi kenyataan.”

Pelantun hit Love in an Elevator dance Livin’ on the Edge itu mengumumkan berdepan masalah vokal sewaktu membuat persembahan pada Peace Out: The Farewell Tour, September lalu.

Tyler memberitahu mengalami pendarahan namun berharap dapat kembali beraksi selepas menunda persembahan mereka beberapa kali.

Peminat mengetahui vokal unik Tyler adalah salah satu faktor Aerosmith menjadi band legenda dengan banyak katalog lagu yang cukup hit sejak ditubuhkan pada tahun 70-an termasuk Dream On, Walk This Way dan Sweet Emotion.

Aerosmith yang terdiri daripada Steven Tyler, Joe Perry, Brad Whitford, Tom Hamilton Joey Kramer juga menyampaikan penghormatan dan terima kasih kepada peminat kerana telah menjadikan muzik mereka sebagai sebahagian daripada hidup penggemarnya.

BERITA TRENDING: “Terima Kasih, Kami Minta Maaf” – Hanya Sempat Debut Lima Hari, Kumpulan K-Pop Solia Kini Bubar

BERITA TRENDING: Bubar Selepas 28 Tahun, Identiti Daft Punk Dengan 'Topeng' Akan Dirindui

#Penyanyi #Viral #Hollywood #Bubar #Vokalis #Aerosmith #Steven Tyler