Artis Korea

“Terima Kasih, Kami Minta Maaf” – Hanya Sempat Debut Lima Hari, Kumpulan K-Pop Solia Kini Bubar

gempak
Mya Amri
25/08/2021
14:20 MYT
Sponsor Banner
“Terima Kasih, Kami Minta Maaf” – Hanya Sempat Debut Lima Hari, Kumpulan K-Pop Solia Kini Bubar
Nasib tidak menyebelahi Solia apabila kumpulan K-Pop itu terpaksa dibubarkan hanya selepas lima hari dilancarkan.
Ini sekaligus menjadikan Solia kumpulan K-Pop terpantas yang dibubarkan selepas tampil dengan lagu debut pertama mereka berjudul Dream pada 16 Ogos lalu.
Kumpulan di bawah syarikat pengurusan Space Music Entertainment ini dianggotai lima gadis berbakat iaitu Soree, Hayeon, Suna, Soyeon, dan Eunbi.
Bagaimanapun menerusi akaun Instagram rasmi mereka, Solia memohon maaf kerana mengejutkan peminat dengan berita buruk itu.
Kenyataan itu menjelaskan tindakan pembubaran terpaksa diambil berikutan syarikat naungan tidak lagi mampu untuk menguruskan mereka.
“Helo, kami adalah Solia. Kami ingin minta maaf kerana mengejutkan anda dengan berita buruk secara tiba-tiba.
“Pada masa ini syarikat tidak lagi mampu menguruskan kumpulan kami kerana keadaan mereka. Kami telah berbincang panjang lebar dengan syarikat itu.
“Walaupun ia satu tempoh yang sangat singkat, tetapi kami ingin mengucapkan terima kasih dan maaf kepada peminat yang menyokong dan menyayangi kami.
“Sekiranya anda ingin mengetahui mengenai aktiviti peribadi ahli Solia, saya sangat menghargainya jika anda follow Instagram kami. Sekali lagi, kami meminta maaf kepada peminat,” jelasnya.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live