Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Afgan Ulas Aksi Mesra Bersama Jessi Dalam Video Muzik ‘Escape’ - “Sama Macam Kita Selalu Lakukan…”

Ainun
12/08/2024 13:25 MYT
Penyanyi Indonesia, Afgan mendedahkan bahawa dia tidak mengambil kisah tentang komen yang dilemparkan oleh netizen selepas melancarkan lagu duetnya bersama penyanyi terkenal Korea, Jessi.

Bagi Afgan, lagu dan video muzik yang dikeluarkan bersama Jessi itu hanyalah untuk menyampaikan mesej kepada pendengar muzik kerana ia bergenre pop.

“Sebenarnya lagu 'Escape' itu disampaikan dengan penuh energi kerana lagu tersebut berentak pop dan masa pengembaraan video muzik itu, kami boleh melakukan apa sahaja yang kami mahukan. Sama seperti perkara yang kita selalu lakukan bersama kawan ketika sedang bercuti.


“Saya tidak mengambil peduli pun tentang apa yang netizen ingin katakan. Niat saya sebenarnya hanyalah untuk sampaikan mesej yang ada dalam lagu tersebut”, katanya kepada Gempak ketika menghadiri majlis pelancaran konsert “Ada Afgan & Lyodra: Live in Kuala Lumpur” yang berlangsung di hotel Aloft, Sentral Kuala Lumpur.


Melanjutkan bicara, penyanyi lagu popular Terima Kasih Cinta itu turut mendedahkan bahawa dia sudah mengenali Jessi sejak penyanyi Korea itu melakukan persembahan di Jakarta, Indonesia.

“Saya dan Jessi sudah lama berkawan kerana masa itu, dia pernah melakukan persembahan di Jakarta, Indonesia. Sejak itulah kami bersahabat baik.

“Selepas saya habis menulis lagu “Escape”, saya berfikir bahawa lagu ini sangat sesuai untuk berkolaborasi bersama Jessi. Saya turut merasakan Jessi memnpunyai energi yang bagus untuk lagu yang saya tulis itu.


“Jadi, saya mengambil keputusan untuk mesej dia di Instagram untuk bertanya adakah dia sudi untuk melakukan kolaborasi bersama saya. Saya terus menghantar lagu tersebut. Selepas beberapa minggu, dia menghantar semula lagu tersebut bersama nyanyian dia”, jelasnya.

BERITA TRENDING: Sufi Rashid, Ibu Kembali Berbaik - "Iktibarnya, Kita Kena Sentiasa Bersabar Dengan Keluarga"

BERITA TRENDING: Sempat Terfikir Nak Menikah, Rossa Ulas Status Hubungan Bersama Afgan - “Memang Setiap Hari Dengan Afgan..”

BERITA TRENDING: Konsert 'Ada Afgan & Lyodra: Live In KL' September Ini, Harga Serendah RM258!

BERITA TRENDING: Lyodra Hampir Pengsan Ketika Shooting Muzik Video Ada Bersama Afgan


Tambahnya lagi, Afgan menyifatkan bahawa Jessi seorang yang sangat baik dan ingin menolongnya ketika menyiapkan albumnya tahun lepas.

“Dia sangat baik dan dia betul-betul ingin membantu saya dalam menghasilkan album terbaru saya”, ulasnya.

Sekadar info, konsert “Ada Afgan & Lyodra: Live in Kuala Lumpur” akan berlangsung di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada 28 September ini.

#Afgan #Kpop #Video muzik #Escape #Jessi #Lyodra