Afifah Buka Ruangan Komen, Netizen Minta Yang Bagi Komen Negatif 'Move On'!

Fiza Kamarudin
Ogos 16, 2017 05:37 MYT

Dua hari lalu, pelakon Afifah Nasir memuat naik foto bersama keluarga dan teman lelakinya, Wan Ariff di Instagram (IG).

Menerusi entri tersebut, Afifah menyedari kesilapan dilakukan dan memohon maaf kepada ahli keluarganya kerana telah mengheret mereka secara tidak langsung sepanjang ‘drama’ di antara dirinya dan Aliff Aziz hebat diperkatakan.
Afifah turut meminta jasa baik semua supaya tidak melibatkan keluarganya dan kekasih dengan isu tersebut kerana mereka tidak bersalah.
Adik kepada pelakon Anzalna Nasir ini juga telah membuka semula ruangan komen dan kesempatan tersebut telah digunakan netizen untuk menghentamnya.

Bagaimanapun, ada juga netizen yang meminta supaya pengguna laman sosial yang melemparkan kata-kata negatif terhadap Afifah menghentikan perbuatan tersebut.

Mereka juga menasihati supaya netizen yang mengeluarkan kata-kata hinaan dan mencaci Afifah supaya 'move-on' dan menjaga hal masing-masing.

Sementara itu, Afifah positif menerima semua komen yang ditulis netizen pada entri tersebut dan menghargai apa jua yang dikatakan oleh mereka.

#pelakon #Pelakon #Aifah Nasir