Ahli bina badan, Suharwardi Dahlan, 28, meninggal dunia akibat daripada komplikasi jantung sehari selepas bertanding dalam sebuah acara.
Sempat Dikejarkan Ke Hospital
Menurut sumber, Suharwardi dikejarkan ke Hospital Miri untuk rawatan kecemasan namun diumumkan meninggal dunia sekitar 3 pagi, pada Isnin.
Difahamkan atlet tersebut baru sahaja pulang ke rumah di Kampung Pujut Tanjung Batu, Miri, selepas dia bersaing dalam acara Mr Sarawak Bodybuilding Championships ke-58 yang berlangsung di Sibu.
Suharwardi dikatakan mula mengalami ketidakselesaan semasa tidur pada malam Isnin.
Persatuan Bina Badan Miri mengesahkan kematian Suharwardi di Facebook semalam.