Seorang wanita tergamak membuang bayi yang baru dilahirkan gara-gara tidak mahu hubungan sulitnya terbongkar.
Menurut polis, wanita dari daerah Sumenep, Jawa Timur, Indonesia itu ditangkap selepas dia membuang bayinya pada 18 Jun lalu.
Bayi yang baru dilahirkan pada hari berkenaan dibalut dengan plastik berwarna merah sebelum dibuang di kawasan kampung di Desa Pabian.
"Motif buang bayi kerana dia malu bayi itu hasil hubungan terlarang...
Bayi perempuan itu ditemukan dalam keadaan sihat oleh penduduk kampung sebelum satu laporan polis dibuat yang membawa kepada penahanan ibunya.
BERITA TRENDING: Isteri Bunuh Suami Kerana Sakit Hati Hidup Miskin
"Motif buang bayi kerana dia malu bayi itu hasil hubungan terlarang," kata seorang anggota polis.
Pelaku merupakan pekerja gerai, manakala kekasihnya bekerja sebagai pemandu teksi motosikal dalam talian (ojol).
BERITA TRENDING: Miza Ozawa Dijatuhi Hukuman Penjara Dua Bulan
Meskipun belum berkahwin, wanita itu mengaku menjalinkan hubungan intim seperti suami isteri dengan lelaki tersebut sejak tahun lalu.
BERITA TRENDING: Persatuan Haiwan Malaysia Tawar Ganjaran RM3,000 Jejak Pelaku Lapah Kucing
Sumber: Agensi