Ahli Zoologi Terkenal Rogol, Dera & Bunuh 60 Anjing: “Saya Tidak Mahu Berhenti Lakukannya”
Maliah Surip
20/07/2024 14:55 MYT
20/07/2024 14:55 MYT
Seorang ahli zoologi terkenal dari British, Adam Britton mengejutkan peminat selepas mengaku terlibat dengan lebih 60 kes kezaliman terhadap binatang terutama anjing.
Britton yang juga merupakan seorang pakar buaya membuat pengakuan tersebut selepas ditangkap dan ditahan atas dakwaan melakukan kezaliman terhadap haiwan difailkan ke atasnya di Australia pada September tahun lalu.
Faktanya, Britton telah merogol, menyeksa dan membunuh lebih 60 anjing. Dia juga mengaku menjadi ‘tenaga pengajar’ melakukan jenayah tersebut kepada individu yang berminat.
Lelaki tersebut mengaku mempunyai tabiat dan ketertarikan yang sangat kuat terhadap haiwan terutama anjing.
Malah tanpa bersembunyi dia menggunakan nama samaran dan menyiarkan beberapa rakaman dirinya sedang mendera anjing di internet.
Menerusi salah satu ruangan sembang, Britton dilihat menulis tidak mahu berhenti melakukan kekejaman tersebut.
“Saya tidak tahu kenapa suka menyakiti anjing. Pada mulanya saya tidak pasti tentang ini tapi saya tidak boleh berhenti.
“Saya sudah bersikap sadis terhadap binatang sejak kecil tapi sudah berhenti.
“Namun sejak kebelakangan ini sikap itu kembali dan saya tidak mahu menghentikannya (menyeksa haiwan,) tulis Britton.
Jika disabitkan kesalahan, Britton, 53, berdepan penjara selama 249 tahun, lapor Independent.uk.
Ahli zoologi tersebut sebelum ini menjadi terkenal selepas terbabit dalam banyak siri dokumentari yang disiarkan saluran BBC, National Geographic dan Discovery Channel. Antara dokumentari yang menampilkan dirinya adalah Animal Face-Off.
Sementara itu pihak guaman Britton mendakwa kliennya mengalami masalah mental dan disebut sebagai paraphilia.
Paraphilia adalah bahasa psikologi yang merujuk kepada keadaan dan karakter seseorang terhadap fantasi seks ganas membabitkan sebarang objek atau situasi.