Seorang datuk bandar di San Pedro Huamelula, di Wilauyah Oaxaca, Mexico, Victor Hugo Sosa mencuit kewarasan netizen dan orang ramai apabila dia membuat keputusan untuk mengahwini seekor buaya betina baru-baru ini.

Menurut Victor, dia menikahi haiwan berdarah sejuk itu semata-mata kerana kebajikan penduduk setempat.

BACA: Tak Masuk Akal! Ahli Bina Badan Berkahwin Dengan Patung Wanita

Katanya, dia berazam untuk memakmurkan kawasan tersebut, termasuk menghidupkan semula tradisi nenek moyang.

Disebabkan hal itu,, dia berkahwin dengan buaya betina berusia tujuh tahun bernama Alicia Adriana, haiwan yang dilindungi di Mexico dan Amerika Tengah.

“Saya terima tanggungjawab ini kerana kami saling menyayangi. Itu yang penting. Anda tidak boleh berkahwin tanpa cinta. Saya sanggup berkahwin dengan puteri ini," katanya dipetik akhbar Daily Star.

Dalam 'perkahwinan' yang berlangsung meriah tersebut, Victor tidak segan-segan untuk memegang dan mencium mesra isteri baharunya yang bergelar 'puteri perempuan' itu.

Selepas memberi janji untuk menyayangi buaya kecil itu, Victor mengelilingi bandar bersama pengantin perempuan yang disambut oleh penduduk.

BACA: Kahwin Dengan Patung, Wanita Dakwa Berjaya Lahirkan Anak Patung: “Dia Tak Pakai K**dom & Saya Positif”

Ramai orang berkumpul untuk menyaksikan perarakan dan memberi penghormatan. Diharapkan perkahwinan mereka dapat membawa tuah dan kesejahteraan kepada semua.

Perkahwinan manusia dengan buaya sendiri tidak hanya dilakukan oleh Victor. Ia merupakan budaya yang telah dijalankan selama 230 tahun untuk meraikan keamanan antara kumpulan pribumi Chontal dan Huave.