Hiburan
Aik Masuk Udang Dulu Baru Tumis Cili? Masakan Cleopatra Dikecam Netizen!
Wanita cantik dikenali sebagai 'Cleopatra' yang sebelum ini didakwa netizen sebagai seorang transgender sekali lagi mencuri tumpuan netizen apabila memuat naik video dia sedang memasak.
Menerusi satu posting di Twitter, Cleopatra memuat naik satu video memaparkan dia sedang memasak hidangan kuew tiaw udang.
"Cleo memasak CQT (char kway teow).
"Saya berniat untuk memasak bagi anak-anak tahfiz. Tahfiz mana yang dicadangkan untuk saya," katanya.
Tidak mengendahkan kapsyen tersebut, netizen sebaliknya lebih tertarik untuk mengecam teknik masakan Cleopatara yang dikatakan tidak betul.
Rata-rata mereka mempersoalkan pes cili sepatutnya dimasak terlebih dahulu sebelum memasukkan udang.
Malah, ada juga mempertikaikan tindakan Cleopatra yang menambah air di penghujung masakan.
Anda boleh lihat antara komen menarik netizen di bawah.
Bahan tumisan no 1 masuk dulu. Tumis dulu sampai naik bau. Then baru masuk bahan yg nk dimasak mcm udang/ayam.. Berdiri jangan lah jauh sangat dr kuali. Takde mende pon.. Pakai apron lah karang kene percikan minyak kat dada dah jd boba pulak.. gaul apa lama sgt.. gaul dodol ke?— A for Aszwan (@quelysir) December 10, 2019
Apapun, kesemua kecaman itu dilihat tidak mematahkan semangat wanita tersebut untuk memuat naik satu lagi video terbaru masakannya.
Anda boleh lihat video tersebut di bawah.
Cleo memasak CQT
Saya berniat untuk memasak bagi anak-anak tahfiz. Tahfiz mana yang dicadangkan untuk saya? pic.twitter.com/k4wLbLO7s3— Cleopatra (@lxcleopatraxl) December 10, 2019
Terdahulu, Cleopatra mencuri tumpuan rakyat Malaysia apabila dia didakwa seorang transgender yang bekerja dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Syed Saddiq walaubagaimanapun telah menafikan melantik pembantu mahupun setiausaha sulit daripada golongan transgender.
Must-Watch Video