Filem 'superhero' Wonder Woman boleh dianggap antara yang terbaik dihasilkan DC Entertainment setakat ini.

Berita baik buat mereka yang meminati watak ini, trailer sekuel filem tersebut iaitu Wonder Woman 1984 telah pun dilancarkan awal pagi tadi.

Apa yang paling mengejutkan adalah apabila karakter Steve Trevor yang terkorban pada filem pertama Wonder Woman telah kembali.

Bagaimana? Itu kami tidak pasti, tapi anda boleh tonton trailer tersebut di bawah.

A post shared by Gal Gadot (@gal_gadot) on


Tidak cukup dengan itu, trailer tersebut juga turut memperkenalkan sut terbaru Wonder Woman yang digelar 'Golden Eagle Armor'.

Pada yang tidak tahu, sut tersebut sebelum ini telah didedahkan menerusi poster rasmi Wonder Woman oleh pengarahnya Patty Jenkins.

Tidak pasti apa sebenarnya kelebihan sut ini, namun ia sedikit sebanyak mencetuskan rasa teruja dalam kalangan penonton.

Filem ini bakal ditayangkan di pawagam pada 5 Jun 2020.

Selain Gal Gadot, filem arahan Patty Jenkins ini turut dibintangi Chris Pine, Robin Wright, Connie Nielsen dan Kristen Wiig sebagai penjahat baharu iaitu Cheetah.