Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Aiman Hakim Ridza Tolak ‘Job’ Selama 6 Bulan Demi Siapkan Rumah - “Ada Kontraktor Tapi Kami Tak Happy Dengan Kerjanya”

Asyikin Mayudin
07/03/2024 05:55 MYT
Pelakon Aiman Hakim Ridza mendedahkan dia sanggup menolak tawaran berlakon dan projek raya selama enam bulan demi menyiapkan rumah yang diubahsuai sendiri.

BERITA TRENDING: Kontroversi Fathia Latiff, Ini Jawapan Zahirah MacWilson & Aiman Hakim Ridza

Bersyukur akhirnya rumah sudah siap sepenuhnya, Aiman memberitahu dia sebenarnya ada mengupah kontraktor namun tidak berpuas hati dengan hasil kerjanya.

“Dah pindah lama tapi rumah baru saja siap diubahsuai sepenuhnya. Alhamdulillah, ini rezeki anak juga la. Sebenarnya mula-mula kami memang ada kontraktor dan site superviser.

“Tapi kami tak berapa gembira dengan kerja dia. Jadi, saya buat keputusan buat sendiri sebab saya ada la sedikit ilmu. Saya tak ambil sebarang shooting selama enam bulan untuk fokus pada rumah.

“Sepatutnya saya ada terlibat dengan projek raya sampai raya tapi saya terpaksa tolak semua. Saya utamakan keluarga, nak mereka duduk rumah itu dalam keadaan selesa,” katanya kepada Gempak.

Suami kepada aktres Zahirah MacWilson itu ditemui ketika majlis pelancaran koleksi raya Clarks With Zahirah di The Exchange Mall (TRX), Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, Aiman berkata dia enggan berkongsi mengenai masalah kontraktor yang dihadapinya itu di laman sosial kerana menganggap ia bukan jalan yang terbaik.

“Bagi saya, media sosial ini bukanlah jalan terbaik untuk kita luahkan. At the end of the day, apa goals kita, kita kena capai. Tak ada point kita nak merintih dalam sosial media,” ujarnya.

Mengakui mengalami kerugian disebabkan hasil kerja kontraktor itu, namun Aiman menganggap ia satu pengajaran buatnya.

“Rugi itu memang tidak boleh kita nak nafikan. Tapi walaupun orang itu tak buat dengan baik, tetap ada sumbangan yang diberikan.

“Kita pun belajar silap orang, ketidaksempurnaan orang, sebenarnya bukan untuk kita kritik semata-mata, tapi sebagai iktibar. Kita patut belajar daripada apa secara pun. Rugi itu tak penting. Yang penting, kami selesaikan benda itu,” katanya.

#Aiman Hakim Ridza #Zahirah Macwilson #Rumah Aiman Zahirah
;