Hiburan

Kontroversi Fathia Latiff, Ini Jawapan Zahirah MacWilson & Aiman Hakim Ridza

gempak
Asyikin Mayudin
06/03/2024
07:34 MYT
Sponsor Banner
Kontroversi Fathia Latiff, Ini Jawapan Zahirah MacWilson & Aiman Hakim Ridza
“Saya rasa kalau nak komen, sudah lama saya komen,” kata Zahirah MacWilson apabila ditanya mengenai kontroversi yang melibatkan namanya dengan suami, aktor Aiman Hakim Ridza.
Zahirah ditemui ketika majlis pelancaran koleksi raya Clarks With Zahirah di The Exchange Mall (TRX), Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam pada itu, Zahirah juga menegaskan dia mahu mengunci mulut seperti mana yang dilakukan sebelum ini.
“Saya rasa awak sudah nampak selama ini macam mana. Kalau saya nak komen, memang sudah lama saya akan komen,” ujarnya.
Manakala suaminya, Aiman memilih untuk berdiam diri apabila ditanya media mengenai kontroversi tersebut.
Terdahulu, Fathia mencetuskan kontroversi demi kontroversi, bermula dengan melabel pelakon Zahirah MacWilson sebagai wanita berwajah bibik, sehinggalah mendakwa suami Zairah, iaitu dramatis Aiman Hakim Ridza yang juga bekas kekasih masih mempunyai perasaan terhadap dirinya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live