Hiburan

Aiman Tino Rancang Tunai Impian Kanak-kanak Penghidap Leukemia

gempak
Mya Amri
08/02/2017
15:44 MYT
Sponsor Banner
Aiman Tino Rancang Tunai Impian Kanak-kanak Penghidap Leukemia
Penyanyi Aiman Tino merancang untuk membuat kejutan istimewa sebaik saja dimaklumkan mengenai impian seorang kanak-kanak perempuan penghidap leukemia yang mahu bertemu dengannya.
Menurut Aiman, dia berasa sebak melihat kondisi dan penderitaan yang dialami oleh Ainul Mardhiah Mohd Zulkarnain, 3, yang kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.
"Saya berasa sebak dan tersentuh apabila mendapat tahu penderitaan Ainul yang masih kecil itu.
“Justeru, saya tidak berfikir panjang menunaikan impian Ainul untuk bertemu dengan saya walaupun agenda seni agak padat ketika ini.
“Insya Allah, saya akan ceriakan Ainul ketika kami bertemu nanti,” katanya.
Dalam pada itu, Aiman juga memberitahu dia telah berbincang dengan pihak pengurusannya mengenai hal tersebut dan dijangka akan bertemu kanak-kanak di PPUM, Jumaat ini.
Terdahulu, bapa Ainul, Mohd Zulkarnain Abu Hassan, 42, menyatakan hasrat ingin menemukan anaknya dengan Aiman.
Isterinya, Khairani Fawzi, 35, juga terpaksa berhenti kerja sejak setahun lalu bagi memberi perhatian kepada anak bongsunya itu.
BACA: Kanak-Kanak Penghidap Leukemia Menangis Sebut Nama Aiman Tino Ketika Kemoterapi
Olahan: Mya Amri
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live