Ain Edruce Dedah Suami Tak Suka Kamera, Perangai Lain Dalam Real Life Berbanding Media Sosial
Firdaus
04/06/2024 05:12 MYT
04/06/2024 05:12 MYT
Pelakon dan pengacara, Ain Edruce menyatakan bahawa suaminya, Amirul Hafiz tidak tahu menahu tentang komen negatif netizen yang dilemparkan terhadapnya.
Suami Tak Tahu Dikritik
Ain mendedahkan perkara tersebut selepas disoal sekiranya kritikan netizen sebelum ini tentang kontennya memberi kesan terhadap mental suaminya.
BERITA TRENDING: Netizen Mula Muak Dengan Content Wajah ‘Selenga’ Suami? Ain Edruce Beri Penjelasan: “Muka Itu Lah Yang Buat Saya Jatuh Cinta”
“Suami Ain tak tahu pun orang cakap macam-macam pasal dia. Suami Ain tak aktif sangat dekat Instagram, dia tak ada post gambar baru ke apa, TikTok pun dia tak ada, jadi dia tak tahu.
“Jadi daripada dia layan netizen-netizen, lebih baik dia layan anak dan isteri dia, aman bahagia,” katanya ketika dihubungi Gempak.
“Jadi daripada dia layan netizen-netizen, lebih baik dia layan anak dan isteri dia, aman bahagia,” katanya ketika dihubungi Gempak.
PILIHAN PEMBACA: Individu Kecam Konten Ain Edruce & Suami, Netizen Backup - “Kalau Tak Suka Abaikan”
“Suami Ain sebenarnya tak suka kamera...
Sementara itu, Ain turut berkongsi bahawa personaliti suaminya berbeza dengan apa yang ditunjukkan di dalam media sosial selain mengakui Amirul tidak gemar membuat konten kerana tidak suka berdepan dengan kamera.
“Sebenarnya suami Ain memang tak suka buat konten, tapi Ain yang paksa. Ain selalu ingatkan dia untuk buat konten sebagai kenangan, sebab itu yang buatkan Ain ingat balik memori-memori tu.
“Suami Ain sebenarnya tak suka kamera. Dia bukannya artis ke apa kan, dia bekerja memang jauh daripada bidang Ain. Perangai dia kalau tak ada kamera memang lain daripada ada kamera.
“Kalau dalam kamera memang dia agak nervous, agak gugup, tapi percayalah dalam kehidupan sebenar dia memang lain daripada itu,” kongsinya.

BERITA TRENDING: “Muka Elok Tapi Bebal Pun Tak Guna Dik!” - Michael Ang Back Up Suami Ain Edruce, Bella Astillah Beri Emoji Tepuk Tangan
Sekadar info, pasangan itu sebelum ini dikritik segelintir wargamaya apabila ada yang meluahkan rasa ‘muak’ dengan konten yang dikongsikan Ain di media sosial.
BERITA TRENDING: Didakwa Garang Dengan Staf, Ini Respon Mirul & Ain Edruce!
Ain bagaimanapun tidak mudah melatah sebaliknya menerangkan bahawa video yang dibuat adalah atas dasar kenangan dan bukannya untuk meraih perhatian ramai pihak.