Penyanyi Aina Abdul gementar menantikan konsert solo pertamanya di pentas berprestij, Istana Budaya yang bakal berlangsung pada 25 dan 26 Jun ini.
Aina berkata, dia juga tidak menyangka apabila konsert yang bakal diketuai Pengarah Muzik, Mac Chew dan Jenny Chin itu bakal dihadiri selebriti-selebriti terkenal tanah air.
"Alhamdulillah kurang dua minggu lagi saya bakal membuat persembahan di pentas yang cukup saya impikan selama ini. Ibarat mimpi jadi kenyataan apabila berpeluang mengadakan konsert solo di Istana Budaya.
"Namun apa yang membuatkan saya lebih teruja dan gementar adalah selain peminat yang sudah mendapatkan tiket menyaksikan konsert ini, pengurus saya memaklumkan ramai selebriti terkenal dan berpengalaman bakal menghadiri konsert ini.
"Antaranya ialah Ziana Zain, Anuar Zain, Ella, Datuk Nora, Nabil Ahmad, Datuk Hattan dan Hael Husaini serta ramai lagi sudah mengesahkan kehadiran mereka sekali gus memberi satu tekanan kepada saya yang masih baru mengadakan konsert ini untuk membuat persembahan di hadapan mereka,"katanya.
Menurut Aina, dia tidak putus berdoa agar segala persiapan menuju konsert A Night With Aina Abdul 2.0 berjalan seperti yang dirancang.
"Saya ingin mencipta momen manis bersama peminat di konsert ini. Saya mahu penonton yang hadir merasai dan terhibur dengan setiap lagu yang dipersembahkan.
"Konsert ini adalah untuk kita semua menghargai diri sendiri dan saya akan menghadiahkan segala anugerah yang Tuhan berikan .
"Alhamdulillah persiapan menuju konsert berjalan dengan baik. Saya sudah melakukan beberapa sesi latihan bersama Mac Chew dan pasukannya.
"Insha-Allah minggu depan saya akan mengadakan sesi latihan di Istana Budaya untuk mendapatkan 'mood' sebelum tarikh konsert,"katanya.
Dalam pada itu, Aina memaklumkan tiket konsert A Night With Aina Abdul 2.0 masih boleh didapati di laman web www.ticket2u.com.my manakala bagi mana-mana pihak korporat dan syarikat yang mahu membeli dalam kuantiti yang banyak, hubungi Azrul di talian 017-3006531 untuk harga istimewa.
Amri Hassan
Fri Jun 17 2022
Buat Acara Gender Reveal, Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan
Bakal menyambut kelahiran cahaya mata kedua, pelakon Zahirah Macwilson membuat perkongsian majlis gender reveal di Instagram bagi mendedahkan jantina bayi dalam kandungannya. Menerusi klip video pendek yang dibuat, dapat dilihat Zahirah atau nama sebenarnya Nur Zahirah Macwilson Zainol Macwilson, 29, dan ahli keluarga berkumpul meraikan majlis ber
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
Farah Lee Nasihat Hati-Hati Beri Sumbangan, Hasrat Daud Kim Bina Masjid Di Korea Meragukan? Ini Enam Sebabnya
Siasat dulu sebelum derma guys.
6 Bulan Kahwin, Angeline Tan Didakwa Hamil? Ini Reaksi Sabri Yunus...
Untuk rekod, Sabri dan Angeline atau nama sebenarnya Ardini, 57, telah mendirikan rumah tangga pada 14 Oktober 2023 di Arau, Perlis.
Buang Kucing Di Pasar Ibarat Hantar Mereka Ke ‘Neraka’
Seorang pengguna di laman Twitter meluahkan rasa kecewanya terhadap tindakan segelintir pihak yang bertindak membuang haiwan seperti kucing atau anjing di pasar dengan harapan mereka boleh hidup sendiri.
Sheriff: Power! Tayangan Awal Pun Dah Raih Lebih RM1 Juta
Cayalah Sheriff!
Amelia Henderson Jawab Tuduhan Pakai Rantai Dengan Loket Salib!
Teruk dikritik kerana loket rantai yang dipakai dikatakan menyerupai lambang salib, pelakon dan pengacara Amelia Henderson meluahkan rasa kurang senang tentang kritikan warganet terhadap dirinya. Amelia atau Amelia Thripura Henderson, 28, dalam satu hantaran di aplikasi X menyatakan aksesori yang dipakai itu sepatutnya tidak menjadi isu perdebata
Gelaran ‘Datin’ Beri Tekanan Kepada Atikah Suhaimie - “Saya Bukan Macam Suami Yang Lakukan…”
Atikah akui masih kekok dengan gelaran 'Datin'.
Wanita Tipu Majikan RM13 Juta Melalui E-mel Palsu, Tertekan Sampai Lumpuh
Seorang pekerja wanita berjaya memperdaya majikannya hanya dengan menggunakan beberapa siri e-mel palsu berkaitan dengan nilai wang mencecah sehingga RM13 juta.
Siti Nurhaliza Bakal Adakan Konsert ‘Love in The Sky’ di Resort World Genting Ogos Ini!
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilaporkan bakal mengadakan konsert Cinta Di Awan pada 10 Ogos 2024 (Sabtu) di Resorts World Genting.