Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Aina Abdul Dibandingkan Dengan Penyanyi Thailand, Netherlands, USA? Netizen Sepakat Pilih…

Hanafis Haris
23/03/2022 01:30 MYT

Penyanyi berbakat Aina Abdul membuktikan dia juga setanding dengan selebriti antarabangsa apabila tular sebuah video nyanyiannya di TikTok.

Menerusi video berdurasi tiga minit itu, seorang pengguna TikTok menggabungkan nyanyian lagu Easy On Me daripada empat penyanyi berlainan negara.

Antaranya adalah penyanyi dari Thailand, Netherlands, Amerika Syarikat dan Malaysia yang diwakili Aina.

Biarpun penyanyi daripada tiga negara tersebut mempunyai lontaran suara agak lantang, namun kebanyakan netizen sepakat memilih Aina adalah yang terbaik.

Menariknya, kebanyakan netizen yang menjadi ‘juri’ itu bukanlah dari Malaysia, sebalik beberapa pengguna TikTok luar negara.

Antara yang dilihat memberikan komen termasuklah dari Slovakia, Singapura, Nigeria, Thailand, Jepun, dan Perancis.

“I choose Malaysia, love from Slovakia”.

“I’m from Nigeria, but number 3 (Aina) is amazing”.

“I choose no.3, so amazing, i'm from Japan,” tulis beberapa netizen.

undefined

Untuk makluman, Aina sebelum ini meraih tumpuan ramai apabila membawakan lagu Easy On Me nyanyian asal Adele.

Tambah mengagumkan, Adele sendiri memuat naik dan berkongsi video rakaman lagu Easy On Me yang dinyanyikan semula oleh Aina di Instagramnya.

Video tersebut telah dikongsikan oleh Adele menerusi paparan di ruangan Instagram Story (igs).

BACA: Dari Penghibur Kelab Jadi Penyanyi Dengan Bayaran Mahal & Penampilan Eksentrik, Aina Abdul: “Saya Bukan Attention Seeker”



#TikTok #Aina Abdul #Easy On Me
;