Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Aina Abdul Raih Trofi Anugerah Bintang Paling Popular 36, Terima Lebih 8 Juta Undian

Firdaus
11/10/2024 16:06 MYT
Menerima undian lebih lapan juta, penyanyi Aina Abdul dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerah Bintang Paling Popular ke-36 (ABP36) yang berlangsung di Dewan Auditorium MBSA.

Aina sekali gus membawa pulang sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah dan trofi.

Aina menerusi ucapannya menyifatkan kemenangan gelaran berkenaan sebagai hadiah istimewa selepas 10 tahun menceburkan diri dalam industri muzik.

"Terima kasih kepada ibu saya, kelab peminat, Aination. Ini untuk semua usaha anda mengundi saya tanpa jemu.

"Satu pesanan saya, jangan putus asa, percayalah pada Allah SWT,” ujarnya.

Dalam pada itu, Kategori Aktor Filem dan Aktres Filem Popular pula berpihak kepada Aedy Ashraf serta Fasha Sandha.

Selain itu, trofi Penyanyi Lelaki dan Penyanyi Wanita Popular menjadi milik calon kegemaran ramai, Khai Bahar serta Aina Abdul.

Dolla yang dianggotai Sabronzo, Tabby dan Angle pula mengekalkan trofi Artis Kolaborasi Duo Berkumpulan.

Bagi kategori Aktor Pembantu Filem Popular dan Aktres Pembantu Filem Popular pula dibawa pulang oleh Alif Hadi serta Raja Ema.

Kategori Aktor dan Aktres Pembantu TV Popular pula menjadi milik Shah Iskandar serta Rita Rudaini.

Aktor dan Aktres TV Popular pula diumumkan milik Hun Haqeem serta Anna Jobling.

Trofi Penyampai Radio Popular pula menepati ramalan ramai dan menjadi milik Khairy Jamaluddin.

Uyaina Arshad pula diumumkan sebagai Pengacara TV Popular.

Bagi kategori Artis Lelaki Baharu Lelaki Popular menjadi milik Shah Radhy manakala trofi Artis Wanita Baharu Popular pula dibawa pulang Erysha Emyra.

Bagi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pula diterima komposer dan pencipta lagu terkenal Datuk Hashim Said atau lebih dikenali sebagai S. Atan.

Malam ini, setiap pemenang membawa pulang kepingan emas seberat 18 gram dan trofi.

Membawa tema Teguh, ABP36 diinspirasikan CONBOO dihoskan oleh Didie Alias, Haniff Hamzah dan Riena Diana.

BERITA TRENDING: KJ Raih Anugerah Penyampai Radio Popular - “Do Your Best, Allah Will Do The Rest”

BERITA TRENDING: Hormat Permintaan Ibu, Aina Abdul Tak Gayakan ‘Fesyen Pelik’ - “Saya Mahu Semuanya Kelihatan Tenang”

BERITA TRENDING: Pertama Kali Hadir Ke Anugerah Temani Ibu, Anak-Anak Harap Rita Rudaini Menang! - “Memang Saya Yang Tawarkan…”

BERITA TRENDING: Lagi Sekali Buat Kejutan, Aina Abdul Hadir Ke Karpet Merah ABPBH36 Dengan Bas Bersama Peminat - “Lambang Kepada…”

#Aliff #Abdul #Khai #Anna #Aedy #Raja #Uyaina #Ashraf #DOLLA #Rita #Aina #Hun #Haqeem #Bahar #Rudaini #EMA #Arsha #Hadi #Jobbling
;