Hiburan
Pertama Kali Hadir Ke Anugerah Temani Ibu, Anak-Anak Harap Rita Rudaini Menang! - “Memang Saya Yang Tawarkan…”
Pelakon Rita Rudaini hadir ke Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH36) ditemani dua anaknya, Airit Ryyan Rizqin, 15, dan Airit Qaqa Arjuna, 13.
Kedua-duanya segak mengenakan sut hitam dan tersenyum manis ketika berada di samping ibu mereka.
Ketika ditanya mengenai kehadiran di majlis itu, kedua-duanya mengakui hadir menemani ibu mereka dengan rela hati.
Malah mereka juga dengan rela hati mengharapkan kemenangan Aktres Pembantu TV Popular menjadi milik Rita.
“Saya harap mummy dapat anugerah malam ini,” kata Rayyan.
Sementara itu Qaqa turut mengharapkan kemenangan menjadi milik ibunya kerana menyifatkan Rita sebagai yang terbaik.
“Saya harap mummy menang sebab mummy ‘the best’, memang saya yang tawarkan diri untuk teman mummy malam ini,” ujar Qaqa.
Rita pula yang tampil anggun dengan gaun hitam berkata dia meminta kedua-dua anak tersayang untuk menemaninya.
“Saya yang ajak mereka ikut dan mereka berdua sedia menemani saya,” katanya.
Rita berentap malam ini dengan empat lagi calon finalis iaitu Alya Iman, Amyza Aznan, Puteri Sarah Liyana dan Bella Hanna.
BERITA TRENDING: “Selalunya Salahkan Lelaki, Zaman Sekarang Tak Pelik Kalau Isteri Pun Banyak Dah Curang” - Erma Fatima ‘Back Up’ Baim Wong
BERITA TRENDING: "Ayah Janji Akan Jaga Tuah Sampai Hujung Waktu..." - Remy Ishak
BERITA TRENDING: ”Dah Lama Perasan Sebenarnya, Tapi…” - Netizen Approved! Wajah Fattah Amin Dikatakan Seiras BTS Jungkook Versi Malaysia
BERITA TRENDING: KRU Tak Tergugat Dengan Kemunculan Artis Baru - “Kekuatan Itu Ada Pada Kami Bertiga...”
Must-Watch Video