Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ainul Aishah Rancang Nikah Hujung Tahun

Asraf Aided
31/03/2021 00:20 MYT
Umum mengetahui pelakon Ainul Aishah telah mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya, Khalid Redzuan Sabtu lalu.

Ketika dihubungi Gempak, Ainul meluahkan rasa gembira dan syukur kerana sudah melalui fasa pertunangan.

"Saya sangat gembira dan bersyukur, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

"Saya suka proses tunang dahulu baru nikah, rasa itu lain berbanding zaman bercinta dahulu, sejak bergelar tunang baru saya faham perasaan selepas mengikat tali pertunangan," katanya.

Difahamkan, majlis pertunangan Ainul yang berlangsung di ibu kota itu dihadiri oleh ahli keluarga dan hanya empat orang rakan sahaja kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Dalam pada itu, Ainul juga mendedahkan perancangannya untuk berkahwin sekitar hujung tahun ini.

"Kami rancang untuk bernikah sekitar akhir tahun ini, kalau boleh cepat, sudah tentu kami mahu cepatkan lagi.

"Ikutkan memang kami rancang untuk kahwin sekitar bulan Oktober keatas," tambahnya.

Akhir kata, Ainul tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada semua yang tidak berhenti menyokongnya selama ini.

"Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang menyokong saya tanpa henti selama ini, doakan urusan majlis nikah saya nanti dipermudahkan, doakan juga untuk kerjaya dan hidup saya agar semuanya baik-baik sahaja," tuturnya menutup bicara.

#pelakon #Kahwin #Tunang #Ainul Aishah #Majlis #SOP #Hujung Tahun
;