Hiburan

“Ainul Akan Menjalani Operation 14 November, Hati Berdebar-Debar” – Ali Puteh

gempak
Fiza Kamarudin
08/11/2019
08:23 MYT
Sponsor Banner
“Ainul Akan Menjalani Operation 14 November, Hati Berdebar-Debar” – Ali Puteh
Pelawak Ali Puteh berkongsi mengenai perkembangan terkini anak keduanya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang dilahirkan dengan masalah injap jantung terbalik.
Ali ketika dihubungi Gempak memberitahu, pihak Hospital Serdang sudah menghubungi dan memintan Ainul dibawa ke sana pada 12 November ini.
“Hospital Serdang dah telefon dan maklumkan kepada saya yang Ainul akan menjalani pembedahan 14 November ini.
“Walaupun perasaan saya sekarang tidak menentu, saya harap urusan dipermudahkan dan pembedahan dapat berjalan lancar.
"Macam-macam yang lintas di fikiran, hati berdebar-debar..,” katanya.
Tambah Ali Ainul sepatutnya menjalani pembedahan pada Oktober lalu tetapi disebabkan beberapa faktor tidak dapat dielakkan, ia ditangguhkan.
“Saya tahu Ainul anak yang kuat dan saya harap Ainul bertahan semasa pembedahan dilakukan. Doakanlah anak saya selamat dan sihat.
“Saya minta maaf tidak dapat berkongsi banyak kerana emosi ketika ini bercampur baur…,” katanya yang masih berjuang di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 bersama kumpulan Puteh.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live