Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Air Balang Syahmi Naik Harga? Ramai Kata No Problem! Siap Suruh Buka Cawangan Lain- “Sedap! RM6 Pun Masih Murah”

Mya Amri
28/08/2022 13:56 MYT

Baru-baru ini bintang YouTube popular, Syahmi Sazli memaklumkan terpaksa menaikkan harga air balangnya kepada RM6.

Menjelaskan perkara itu, Syahmi berkata pihaknya telah melaburkan modal perniagaan dengan menggunakan empat biji mesin bagi memudahkan urusan.

Disebabkan itu, air balang tersebut tidak lagi mempunyai ais batu seperti sebelum ini, sebaliknya seratus peratus isipadu air sahaja. 

“Alhamdulilah kami dah mula guna empat biji mesin untuk isi air balang. Masih lagi kekok kekok sikit..

“Tapi ni nak bagi info sikit, bila guna mesin ni, dah tak ada ais dalam botol. 100% isipadu air je. 500ML. Jadi, bila kira-kira modal, mi terpaksa naikkan harga menjadi RM6 sebotol,” jelasnya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Syahmi Sazli (@syahmisazli)

 

Harga Tak Mahal

Bagaimanapun pengumuman itu disambut baik oleh pembeli dan mereka mengatakan harga yang diletakkan itu masih murah berbanding dengan beberapa jenama minuman lain.

Selain bersetuju dengan harga, mereka juga mencadangkan Syahmi menambah cawangan air balangnya di beberapa lokasi.

“RM6 pun masih murah. Semoga murah rezeki selalu,” puji Mahirah Rahman

“Tolong lah ada siapa-siapa dari Kelantan nak balik Johor tak? Nak kirim,” tanya Mai Izyani

“Ada rezeki buka satu cawangan di Melaka. Air viral lebar sayap di seluruh Malaysia, terbaik. Semoga berjaya dan di murahkan rezeki. Amin,” cadang Hafiz Mat Yusof

#Naik Harga #Syahmi Sazli #Air Balang