gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Bas Ekspres Dinaiki 13 Pelajar UMPSA Langgar Belakang Treler Di LPT
VIRAL
“Bukan Nak Laju, Tapi…” – Tular Kenyataan Didakwa Pemandu Bas Tragedi UPSI Cetus Pelbagai Reaksi
HIBURAN
Komposer Lagu ‘Bukan Aku Tak Cinta’, Adinda Amiro Meninggal Dunia - “Karya-Karya Allahyarham Merentasi Masa…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Air Ketuban Pecah Awal, Elisya Sandha Kongsi Pengalaman Lahirkan Anak Kedua - “Panik Seperti Pertama Kali Bersalin…”

gempak
Umirah Halim
10/06/2025
01:25 MYT
Sponsor Banner
Air Ketuban Pecah Awal, Elisya Sandha Kongsi Pengalaman Lahirkan Anak Kedua - “Panik Seperti Pertama Kali Bersalin…”
Pelakon, Elisya Sandha menyifatkan kelahiran anak keduanya sebagai hadiah paling berharga sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-26.
Menerusi hantaran di Instagram, Elisya atau nama penuhnya, Nur Elisya Sandha Hassan, 26, meluahkan rasa syukur dan terharu dapat menyambut kelahiran bayi lelaki keduanya dengan selamat.
View this post on Instagram
A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)
“Bismillah, MashaAllah, Tabarakallah.
“Tahun ini saya hadiahkan diri saya sesuatu yang paling berharga… Saya lahirkan anak lelaki saya ke dunia ini.
“Melalui setiap kesakitan dan air mata, hadir satu kebahagiaan yang tak dapat saya gambarkan. Untuk itu, saya ingin berterima kasih kepada @mamasandha kerana telah melahirkan saya,” katanya.
Berkongsi mengenai pengalamannya, Elisya tidak menyangka air ketubannya pecah dua minggu lebih awal berbanding tarikh jangkaan.
Perkara tersebut menyebabkan dirinya panik dan berasa seperti pertama kali hendak melahirkan anak.
“Tak sangka air ketuban akan pecah awal dua minggu. Saya tak pernah alami masa bersalin Bunga dulu.
Jadi saya panik, takut… semua rasa macam bersalin buat kali pertama,” ujarnya.
Dalam masa sama, Elisya turut merakamkan penghargaan buat pakar sakit puannya, Datin Dr. Suhaiza, yang membantu proses kelahiran bayi keduanya dengan penuh profesionalisme.
“Saya sangat berterima kasih kepada doktor saya kerana berjaya menyambut kelahiran anak saya dengan selamat dan sentiasa ada di sisi, memegang tangan saya ketika saya sangat takut,” katanya.
Tidak ketinggalan, Elisya juga menzahirkan penghargaan buat suaminya, Uzair Haqimy, yang setia menemaninya sepanjang detik itu.
“Terima kasih kepada suami saya kerana berdiri di sisi saya dalam momen paling intens, emosional dan indah dalam hidup kami.
“Kekuatan awak memberi saya kekuatan,” tambahnya lagi.
Untuk rekod, Elisya dan Uzair mendirikan rumah tangga pada Ogos 2021. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung, Bunga Elhaq, pada Jun 2022 dan kini menimang seorang lagi cahaya mata lelaki yang masih belum diumumkan namanya.
Topic Berkaitan
#Anak
#Kedua
#Lahir
#Sandha
#Elisya
Must-Watch Video