Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

"Air Mata Akan Jatuh Bila-Bila Masa Sahaja" - Ernie Zakri Kenang Cinta Datuk & Nenek

Asraf Aided
10/12/2019 11:50 MYT
Penyanyi Ernie Zakri mengenang kisah cinta datuk dan neneknya yang sentiasa diingati dan dianggap hebat.

Ernie berkongsi perkara itu menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan warganet.

Menurut Ernie, dia jarang berkongsi cerita mengenai atuk dan neneknya yang telah pergi itu, namun mereka sentiasa berada dalam ingatan.

"Aku jarang bercerita tentang mereka, mereka ini yang memberiku kekuatan.

"Aku jarang menyebut nama mereka, kerana aku tahu air mata aku akan jatuh bila-bila masa sahaja. Namun yang pasti, aku kagum dan bangga, kagum dengan kisah cinta mereka, kisah cinta mereka sampai akhir hayat.

"Disebabkan itulah aku di sini, mungkin Allah SWT mengizinkan, supaya aku dapat bercerita walaupun aku tak tahu menulis untuk memberi rasa," tulis Ernie sebagai kapsyen.

Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut, rata-rata mereka mengucapkan takziah dan menyedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham atuk dan nenek Ernie.

Tidak ketinggalan, penyanyi yang merupakan rakan rapat Ernie, Syamel turut meninggalkan komen.

"Awak ikut muka arwah nenek awak ya, Al-Fatihah pada mereka berdua," tulisnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Rindu hati ini tiada siapa tahu, tiada siapa pernah bertanya, mungkin aku kurang untuk berkongsi rasa sedihku, aku menyimpan rasa walaupun hati rindu. Aku jarang bercerita tentang mereka, mereka ini yang memberiku kekuatan, mereka ini yang lafaznya sentiasa mendoakan ku, mereka ini yang namaku nombor satu dalam apa saja perkara. Aku jarang menyebut nama mereka, kerana aku tahu airmata aku akan jatuh bila bila masa sahaja. Namun yang pasti, aku kagum dan bangga. Kagum dengan kisah cinta mereka. Kisah cinta mereka sampai akhir hayat. Dan disebabkan itulah, aku disini. Mungkin Allah swt mengizinkan, supaya aku dapat bercerita Walaupun Aku tak tahu menulis untuk memberi rasa. Ini untuk mereka. Cinta mereka. ❤️ #GUNDAH

A post shared by @ erniezakri on


Sekadar info, Ernie mulai aktif di industri hiburan tempatan pada sekitar tahun 2009 dan berjaya membina namanya sehingga kini.
#Ernie Zakri