Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Air Mata & Lakonan Hebat Boleh Tutup Mata Manusia” - Ibu Aliff Aziz

Amri Hassan
03/04/2024 14:39 MYT
Ibu kepada pelakon sensasi Aliff Aziz, Hafiza Basharahil tampil berkongsi pandangan peribadinya di Instagram Stories.

Tulis Hafiza, air mata dan lakonan hebat boleh menutupi mata manusia.

Air mata, lakonan

“Air mata dan lakonan yang hebat boleh menutupi mata manusia akan perbuatan dan siapa kita yang sebenar.

“Tetapi yakinlah kita pasti akan takut pada bayangan kita sendiri wallahualam,” tulisnya berserta tanda pagar #PandanganIkhlas.

Bagaimanapun, difahamkan Hafiza tidak menujukan kemaskini berkenaan kepada mana-mana individu.

Untuk rekod, nama Aliff kembali menjadi sebutan netizen sejak 9 Mac lalu apabila dia ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) atas dakwaan khalwat bersama pelakon Ruhainies.

Susulan kontroversi itu, isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah pula memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 13 Mac lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Curang Dengan Adik Saya Sendiri” - Bella Astillah Dedah Sudah Dicurangi 11 Kali

ARTIKEL BERKAITAN: “Hanya Dia Yang Ada Gambar Saya Dan Muaz” - Bella Akui Khilaf, Hanya Mahu Buat Aliff Cemburu

#Aliff Aziz #Bella Astillah #Curang #Ibu Aliff Aziz #Adik Bella Astillah
;