Hiburan
“Curang Dengan Adik Saya Sendiri” - Bella Astillah Dedah Sudah Dicurangi 11 Kali
Penyanyi, Bella Astillah mendedahkan suaminya, Aliff Aziz sudah berlaku curang lebih daripada lapan kali.
Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah berkata, dia juga mempunyai cukup bukti terhadap setiap perbuatan curang suaminya itu.
“Yang orang tahu Aliff curang empat dan lima kali sahaja tapi sebenarnya dia dah curang sebanyak 11 kali. Saya ada bukti dan Aliff tahu itu.”
Bella berkata demikian ketika ditemui pada sesi berbuka puasa yang diadakan di K Town Barbeque, Radia Tower, Bukit Jelutong pada petang Rabu.
Lebih mengejutkan, ibu kepada dua orang anak ini mendedahkan suaminya itu turut berlaku curang bersama adiknya iaitu, Eriqa Astillah.
“Seperti yang diketahui ramai, saya sebenarnya ada tiga orang adik-beradik dan sebenarnya Aliff juga pernah curang dengan adik saya iaitu Eriqa.
“Punyalah saya sayang dekat Aliff, sampaikan saya buang keluarga saya sendiri. Saya tak pernah bagitahu mengenai perkara ini tetapi saya terpaksa juga bagitahu”.
Tambah Bella, Aliff dan Eriqa ada bertukar hantaran mesej meminta agar hubungan mereka dipermudahkan sewaktu dirinya dan Aliff mengerjakan ibadah umrah pada 2022 lalu.
“Sebenarnya sewaktu di umrah pun, ada teks mereka yang mengatakan doakan hubungan mereka. Dia ada temankan Aliff ke Gegar Vaganza.
“Allah, saya sakit dada nak cerita. Inilah rahsia saya dan keluarga simpan sebaik-baiknya.
“Pasal adik saya memang kesilapan sangat besar. Kami sekeluarga sudah tidak balik kampung.
“Ada ibu, bapa, dan adiklah. Terpaling teruk dan saya kesali, saya buang adik, tak buang Aliff,” ujarnya.
Terdahulu, Bella Astillah menjadi bualan ramai apabila didakwa mempunyai hubungan asmara dengan pelakon baharu, Muaz Zabir.
Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali @edisiumat, akaun itu memuat naik beberapa tangkap layar didakwa perbualan Bella bersama Muaz.
"Sekarang baru faham kenapa. Ini baru tunjuk sikit," tulisnya dalam ruangan kapsyen.
Pendedahan yang dibuat akaun itu turut memaparkan tangkap layar perbualan mesej Bella dan Muaz yang saling berbalas menggunakan kata-kata panggilan mesra.
Hubungan terbabit didakwa sudah berlangsung sejak Oktober tahun lalu selain mereka kerap berkongsi foto rutin harian dalam mesej yang dihantar.
Pada hantaran sama, akaun itu turut memuat naik swafoto mereka yang kelihatan begitu romantis.
Pada 9 Mac lalu, Aliff dan aktres Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu negara.
Kemudian pada 13 Mac lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres dan kes itu akan disebut semula esok di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.
Berita Trending: Kes Khalwat, Aliff Aziz Mohon Maaf - “Sepatutnya Tunggu Di Lobi, Tak Terfikir…”
Must-Watch Video