Menerusi entri di Instagram, pelakon Ozlynn telah memuat naik sebuah video kejutan untuk sambutan hari jadi pengasuhnya, Cora.

Happy birthday Cora!! Kelam kabut dia g panggil ariq kt luar sb kita saje buat kelam kabut konon nak mintak tlg ariq.. skali dia kena main la cik salmah??..ok korg mesti tertanya sape dia nih.. ok dia nurse yg jaga baby sepanjang aku bekerja kt luar.. org yg tegas tp penyayang.. dh sebulan lebih jaga baby.. byk benda aku tau ttg dia dan belajar dr dia.. kita nih bersyukur masih boleh kerja di negara sendiri, nak dgn xnk je atau memilih dgn x.. satu mlm duk dgn dia tgk dia cerita tahan sebak.. dia ckp kt sini kdg dia di byr utk jaga org tua, baby.. sedangkn anak dia kt kg sakit.. terpaksa dia tinggalkan sb nak cari duit lebih kt malaysia.. bulan 5 aritu suami dia meninggal.. so dia skrg kena tanggung mak, abg dia yg dh tua dan anak dia yg x sihat.. tabah betul dia.. kdg dia tgk aku suap anak2 makan.. dia kat tepi menitik2 air mata.. aku nmpk dia cuba sorok muka.. aku pon xnk dia sedih trus ckp tp x pandang muka dia.. aku suh dia keje leklok.. nnt aku bwk anak ko dtg sini melawat ko.. jgn risau pasal duit belanja n tiket flight.. nnt aku curik duit laki aku sb dia byk duit.. tergelak dia smbl lap airmata dgr aku ckp.. dia bkn islam tau.. tp dh selalu dgr aku ckp InsyaAllah, dia sendiri sebut.. yes maam, insyaAllah.. ? hareyyy betul aku lak yg sedih.. x ssh pon nak bahagiakan org.. bg kasih syg... iyeee kasih syg... percayalah korg akn bahagia juga..

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on


Sementara di ruangan komen, netizen berpendapat Ozlynn dan Johan adalah seorang yang tidak sombong dengan harta yang mereka ada.

Rata-rata peminat mengalirkan air mata kerana terkesan dengan kapsyen Ozlyn serta memuji cara layanan mereka dengan pengasuh.

"@armadaammar: Allahuakbar sebak Nya baca. happy birthday kak cora.

"@nvbilvh: Baca caption pun dah menitis air mata. Semoga jozlynn & family sentiasa dimurahkan rezeki. Amin.

"@rozianaaleesa: Air mata saya pun menitik-nitik baca sis..Adoi sebak pulak sambil baca. Kita bahagiakan orang lain dan allah akan beri kebahagiaan yang terduga.

"@fatin_comey: Suka tengok family hanania. Kak ozlynn & abg johan tak pernah memilih ataupun berkira dengan sesiapa je. Semoga family hanania sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

"@yazid6869ckguhaizan: Sebak baca..Tahniah korang jaga dan anggap dia sebagai keluarga. Semoga Allah gandakan segala kebaikan untuk korang sekeluarga. Akak doakan mana tahu akan ada hidayah untuk Cora kan. Amin.


Namun, ada segelintir peminat yang berkongsi kisah buruk mereka bersama pengasuh dari negara luar dan menasihati supaya lebih berhati-hati.

"@nazuha_isa: Dalam masa yang sama kena berjaga-jaga. Sebab hati manusia kita taktau tetiba cemburu atau hasad dengki. Still kena pantau anak & suami. Bukan nak berniat buruk tapi just berhati-hati. Sebab dah banyak kes majikan terlalu baik tetapi dalam masa sama diambil kesempatan di atas kebaikan. Just peringatan.