Air Mata Netizen Menitis Baca Kapsyen Ozlynn Sempena Hari Jadi Pengasuh

Zulaikha Yusof
September 7, 2018 02:28 MYT
Menerusi entri di Instagram, pelakon Ozlynn telah memuat naik sebuah video kejutan untuk sambutan hari jadi pengasuhnya, Cora.
Sementara di ruangan komen, netizen berpendapat Ozlynn dan Johan adalah seorang yang tidak sombong dengan harta yang mereka ada.
Rata-rata peminat mengalirkan air mata kerana terkesan dengan kapsyen Ozlyn serta memuji cara layanan mereka dengan pengasuh.
"@armadaammar: Allahuakbar sebak Nya baca. happy birthday kak cora.
"@nvbilvh: Baca caption pun dah menitis air mata. Semoga jozlynn & family sentiasa dimurahkan rezeki. Amin.
"@rozianaaleesa: Air mata saya pun menitik-nitik baca sis..Adoi sebak pulak sambil baca. Kita bahagiakan orang lain dan allah akan beri kebahagiaan yang terduga.
"@fatin_comey: Suka tengok family hanania. Kak ozlynn & abg johan tak pernah memilih ataupun berkira dengan sesiapa je. Semoga family hanania sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.
"@yazid6869ckguhaizan: Sebak baca..Tahniah korang jaga dan anggap dia sebagai keluarga. Semoga Allah gandakan segala kebaikan untuk korang sekeluarga. Akak doakan mana tahu akan ada hidayah untuk Cora kan. Amin.
Namun, ada segelintir peminat yang berkongsi kisah buruk mereka bersama pengasuh dari negara luar dan menasihati supaya lebih berhati-hati.
"@nazuha_isa: Dalam masa yang sama kena berjaga-jaga. Sebab hati manusia kita taktau tetiba cemburu atau hasad dengki. Still kena pantau anak & suami. Bukan nak berniat buruk tapi just berhati-hati. Sebab dah banyak kes majikan terlalu baik tetapi dalam masa sama diambil kesempatan di atas kebaikan. Just peringatan.
#pelakon #Johan #Pelakon #Ozlynn