Hiburan

“Aisha Retno Boleh Pergi Jauh, Bakat Seperti Ini Kita Perlu Jaga” - Noraniza Idris

gempak
Umirah Halim
30/09/2024
06:55 MYT
Sponsor Banner
“Aisha Retno Boleh Pergi Jauh, Bakat Seperti Ini Kita Perlu Jaga” - Noraniza Idris

Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris meluahkan rasa kagum dengan bakat hebat penyanyi muda, Aisha Retno yang dikatakan mempunyai jiwa etnik yang kuat.

Kagum dengan Aisha Retno

Wanita yang lebih mesra dibahasakan Kak Ani itu akui selepas melihat semangat dan aura yang ditonjolkan penyanyi Samudera itu, dia seolah-olah dapat melihat dirinya sendiri.

“Saya kagum dengan dia kerana kekuatan semangat sebagai orang muda itu seolah-olah saya nampak diri saya ketika dahulu, jiwa saya ada di situ.

“Sekarang Aisha sudah berada dalam industri muzik, saya nampak itu lah aura dan jiwa saya sewaktu dahulu.

“Saya rasa bangga walaupun saya tiada disitu .

“Jiwa yang Aisha bawa bukan mudah dia perlu lalui satu proses pembelajaran yang lama.

“Jangan patahkan semangat dia. Saya yakin dengan Aisha Retno,” katanya ketika ditemui selepas selesai Konsert Qalam yang berlangsung selama tiga hari di Panggung Bangsawan Melaka sejak Jumaat lalu.

BERITA TRENDING: Noraniza Idris Menangis Di Pentas Konsert Qalam

​BERITA TRENDING: Khairul Aming Pimpin Ikrar Rukun Negara, Hael Husaini, Pinn Yang & Noraniza Idris Meriahkan Keretapi Sarong 2024

​BERITA TRENDING: Didakwa Gagal Bayar Deposit & Pecat Penulis Skrip, Noraniza Idris Tampil Jawab Tuduhan - “Bila Masa Aku Lantik, Kau Fitnah Aku..”

​BERITA TRENDING: “Saya Buat Live TikTok Hari-Hari, Ramai Yang Maki Hamun” - Noraniza Idris

Bukan itu sahaja, pelantun lagu Dikir Puteri itu turut meluahkan rasa syukur kerana sudah ada pelapis hebat yang bakal mengangkat lagu yang bergenre etnik.

“Sebelum ini saya kaji latar belakang keluarga Aisha, selepas itu baru saya faham kenapa jiwa dia sangat kuat budaya etnik nya kerana dia daripada keturunan orang seni.

“Bakat Aisha Retno memang boleh pergi jauh, dengan umur sekarang dia sudah mendalami etnik Kelantan. Orang ini sepatutnya kita jaga.

“Saya sangat mengalu-alukan, Aisha ada minta pandangan dan nasihat daripada saya tetapi saya rasa diri dia sendiri sudah menjadi guru.

“Alhamdulillah, dalam industri kita sudah ada penerap budaya etnik itu,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, meski tampil dengan lagu terbaharu berjudul Samudera yang mengangkat dialek Kelantan dan kesenian makyung, penyanyi Aisha Retno menolak sekiranya ada menggelarnya Ratu Etnik Kreatif Malaysia.

Sekadar info, Konsert Qalam itu merupakan sebuah persembahan berkonsepkan pertandingan tarian tradisional dalam konsert di mana Noraniza Idris menyanyikan 28 buah lagu hits yang dibahagikan kepada 12 segmen.

Seramai 400 peserta tari muda daripada 24 buah kumpulan berentap mempamerkan kareografi tarian dan kreativiti masing-masing mengiringi dua buah lagu yang dinyanyikan Noraniza Idris.

Antara lagu-lagu popular didendangkan kepada peminat adalah Awallah Dondang, Hatinya Tak Tahan, Tinting, Ngajat Tampi, Hala Timur, Dikir Puteri dan Joget Dondang Sayang.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024