,
Hiburan

Noraniza Idris Menangis Di Pentas Konsert Qalam

Amri Hassan
29/09/2024
09:55 MYT
Penyanyi legenda yang terkenal dengan julukan Ratu Irama Malaysia dan Etnik Kreatif, Noraniza Idris atau lebih popular dengan sapaan Kak Ani gagal menahan sebak dan mengalirkan air mata ketika pertengahan konsert Qalam Noraniza Idris di Panggung Bangsawan, Melaka pada Sabtu.
Ia susulan daripada terusik dengan kenangan dan memori indah bersama komposer tersohor tanah air, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah dalam satu segmen belasungkawa buat Allahyarham.
Usai segmen tribut khas buat Allahyarham menerusi lagu ikonik Dondang Dendang yang diberikan nafas baharu, Kak Ani, hampir kelu untuk berkata-kata ketika mengimbas semula impiannya bersama Pak Ngah untuk mengadakan konsert suatu ketika dahulu.
"Beliaulah inspirasi saya untuk meneruskan irama Malaysia. Daripada tahun pertama, saya berkongsi rasa untuk adakan konsert irama Malaysia sehinggalah tahun ini, tahun ke-30, baru saya dapat himpunkan penggiat seni yang mengasihi irama Malaysia ini.
"Saya tidak dapat melupakan Allahyarham Pak Ngah yang merupakan Bapa Irama Malaysia, yang mengangkat irama Malaysia ini bersama-sama, susah dan senang.
"Pada hari ini saya berbesar hati dan sangat terharu dengan sokongan anda semua, terima kasih," katanya dalam sesi ucapan khas ketika konsert Qalam pada malam kedua.

BERITA TRENDING: ​Didakwa Gagal Bayar Deposit & Pecat Penulis Skrip, Noraniza Idris Tampil Jawab Tuduhan - “Bila Masa Aku Lantik, Kau Fitnah Aku..”

Dalam konsert Qalam Noraniza Idris, pelbagai lagu popular daripada pelbagai etnik diangkat di pentas dalam konsep konsert berbentuk pertandingan yang dipecahkan kepada tiga kategori; sekolah rendah, sekolah menengah dan terbuka.
Antara lagu yang dipersembahkan Kak Ani ialah, Awallah Dondang, Manira, Hatinya Tak Tahan, Hati Kama, Ya Salam, TinTing, Zapin Pusaka, Hala Timur, Racau Sang Khalifah, Dikir Puteri, Ngajat Tampi dan banyak lagi.
Menariknya, sepanjang konsert yang berlangsung lebih dua jam itu, Kak Ani tampil dalam balutan 10 persalinan berbeza.
Seiring dengan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) dan Tahun Melawat Melaka 2024, program itu bertujuan mempromosikan seni dan budaya tempatan.
Konsert anjuran Persatuan Tatihseni Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kesenian, Kebudayaan Negara (JKKN) Melaka itu diadakan bagi menebus kekecewaannya apabila konsert solonya, Malai Solo terpaksa dibatalkan dua tahun lepas.

BERITA TRENDING: “Saya Buat Live TikTok Hari-Hari, Ramai Yang Maki Hamun” - Noraniza Idris

BERITA TRENDING: ​Noraniza Idris Bakal Tampil Dalam Konsert 'Qalam Noraniza Idris'

BERITA TRENDING: ​​Noraniza Idris Tak Fikir Soal Gelaran Datuk, Anggap Ia Rezeki Jika Dapat – “Ada Orang Murah Rezeki Dia”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: KONSERT ASMARALOKA

gempak
07/11/2024
08:53 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: KONSERT ASMARALOKA Secara Percuma? Memang best!
Peraduan

Menangi Tiket ke Muzikal Lawak Superstar musim 4 minggu 8

gempak
07/11/2024
08:00 MYT
Siapa nak pergi ke Menangi Tiket ke Muzikal Lawak Superstar musim 4 minggu 8 Secara Percuma? Memang best!
Peraduan

GMW Giveaway: Matt Maltese Live In Kuala Lumpur

gempak
06/11/2024
10:00 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Matt Maltese Live In Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Peraduan

GMW Giveaway: Akon The Superfan Tour Live In Malaysia

gempak
06/11/2024
10:00 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Akon The Superfan Tour Live In Malaysia Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

Alami Batuk Berpanjangan, Suara Berkahak Akibat Masalah Sinus… Ezad Lazim Risau Konsert Dah Nak Dekat – “Doktor Maklum Makin Serius”

gempak
06/11/2024
03:20 MYT
Penyanyi Ezad Lazim memaklumkan masalah sinus yang dialaminya sejak lima tahun lalu semakin teruk dan terdapat kahak dalam rongga hidung sehingga mengakibatkannya sukar bernafas sejak kebelakangan ini.
Unitar