Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Aishah Sudah Tiga Bulan Tidak Tinggal Sebumbung Dengan Suami - "Anggap Saja Antara Kami Tiada ..."

Amri Hassan
27/11/2021 00:45 MYT
Penyanyi popular Aishah mendedahkan sudah tiga bulan tidak tinggal sebumbung dengan suaminya.

Berkongsi perkara terbabit kepada Berita Harian, kata Aishah, 56, mereka bagaimanapun belum lafaz talak.

"Benar, kami sudah berpisah, cuma, talak belum dilafazkan. Kami sudah tinggal berasingan, sejak tiga bulan lalu.

"Tiada siapa berkahwin untuk bercerai. Saya juga mengimpikan perkahwinan keempat kekal hingga akhir hayat.

"Jadi, usah ditanya apa punca perpisahan ini. Saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa.

"Anggap sahaja antara kami sudah tiada jodoh," katanya.

BACA: "Tiap kali Datangnya 9 September, Berderaianlah Air Mata" - Aishah

BACA: "Banyak Makan Airmata I Lagu Aku Bidadari Syurgamu Ni" - Aishah


Tambah pelantun lagu Janji Manismu itu, dia perlu menceritakan perkara sebenar bagi mengelakkan timbul fitnah.

"Jika boleh saya tidak mahu kisah rumah tangga jadi tatapan umum. Namun, saya akan menerima kesannya hanya kerana saya seorang selebriti.

"Saya memang memberi sedikit bayangan menerusi hantaran dimuat naik dalam laman Instagram (IG). Mana yang tahu, tahulah...

"Pengakuan dibuat selepas saya berfikir panjang dan tidak mahu timbul fitnah jika ada melihat saya bersama lelaki lain dalam urusan kerja.

"Siapa tidak sedih melihat mahligai yang dibina berantakan. Tetapi, saya akur dengan ketentuan Tuhan," tambahnya.

Aishah dikurniakan dua cahaya mata, Armand Azhari, 28, dan Azhad Ahlami, 23, menerusi perkahwinan pertama.

BACA: "Bila Mum Dah Tak Ada, Jangan Keluarkan..." - Ini Pesanan Aishah Jika Dia Meninggal Dunia

Pada 2017, Aishah pernah mengakui sudah berkahwin kali keempat namun enggan mendedahkan butiran lanjut perkahwinannya itu.

Sumber: Berita Harian
#Viral #Instagram #Suami #Aishah #Berpisah #Janji Manismu
;