Hiburan

“Banyak Makan Airmata I Lagu Aku Bidadari Syurgamu Ni” - Aishah

gempak
Amri Hassan
17/12/2020
05:45 MYT
Sponsor Banner
“Banyak Makan Airmata I Lagu Aku Bidadari Syurgamu Ni” - Aishah
Penyanyi Aishah mengakui lagu asal nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza membuatkan airmatanya kerap tumpah.
Pertama kali mendengar lagu terbabit, Aishah akui menangis kerana liriknya yang mendalam.
"Banyak makan airmata I lagu 'Aku Bidadari Syurgamu' ni. Bila mula-mula dengar lagu ni, memang banyak kali airmata jatuh, because I feel it to the bone.
"Especially part 'Seandainya aku yg pergi dulu...'. I selalu say something similar to abang. Why I say that?
"Kerana seorang isteri yang pergi dulu dalam keredhaan, doa dan keampunan suaminya, sangat mudah jalannya ke syurga. Sudah tentu itulah yg kita cari sebagai seorang isteri," katanya.
Selain itu, Aishah sekali lagi menangis apabila persembahannya pada separuh akhir Muzik-Muzik 35 beberapa minggu lalu dikritik netizen.
"Anyway, uolls pun tau lah segala haru biru selepas my performance of the song, yang membuatkan lebih banyak airmata I yang jatuh ke bumi.
"Airmata yang jatuh tak bererti lemah, sekadar mengingatkan kita, yang kita hanya manusia yang ada hati dan perasaan," ujarnya.
Sejurus mendapat tahu lagu nyanyiannya itu layak ke Anugerah Juara Lagu ke-35 pada Februari nanti, Aishah sekali lagi menangis.
"Malam ini gugur lagi airmata I, gembira untuk komposer dan penulis lirik ABS.
"Airmata ini juga mengenangkan samada adakah pisang akan berbuah dua kali.
"Berat.... Allah swt saja yg tau. Tapi I yakin, doa orang teraniaya tiada hijabnya. Hanya Dia yang tahu segalanya," tambah Aishah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live