Bintang Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan dan anak perempuannya, Aaradhya disahkan positif COVID-19.

Manakala ibu mertuanya, Jaya Bachchan dan ahli keluarganya yang lain negatif virus tersebut.

Perkara terbabit diumumkan oleh Abhishek Bachchan menerusi akaun Twitternya pada Ahad.

"Aishwarya dan Aaradhya sah positif COVID-19. Mereka akan menjalani kuarantin di rumah sahaja.

"Pihak BMC (Brihanmumbai Municipal Corporation) telah dimaklumkan mengenai situasi tersebut dan menjalankan perkara yang sepatutnya.

"Ahli keluarga lain termasuk ibu saya (Jaya) negatif," tulisnya.

Abhishek dan Amitabh masih dirawat di Hospital Super Speciality Nanavati, Mumbai, selepas disahkan positif COVID-19 pada Sabtu.

BACA: Amitabh & Abhishek Bachchan Positif COVID-19

"Saya dan bapa saya disahkan positif COVID-19. Kami mengalami simptom sederhana dan telah dimasukkan ke hospital," katanya yang meminta agar orang ramai tidak panik.

Dengan pengesahan Jaya kini negatif COVID-19 secara tidak langsung telah menimbulkan rasa curiga dalam kalangan netizen mengenai hubungan rumahtangga pasangan tersebut.

Malah, ada dalam kalangan netizen yang kembali berang dengan sikap angkuh keluarga Bachchan yang gigih keluar bekerja pada Mei lalu ketika negara tersebut masih menjalani perintah berkurung.