Laman Utama

Aiskrim Haagen-Dazs Perisa Vanilla Ditarik Balik Daripada Pasaran

Awani
11/08/2022
12:20 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan produk aiskrim berjenama Haagen-Dazs berperisa vanilla dari pasaran Eropah telah ditarik balik daripada dipasarkan di negara ini.
Menerusi satu kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Khamis berkata produk terbabit dikesan mengandungi bahan karsinogenik Ethylene Oxide (ETO) berlebihan berdasarkan notifikasi daripada European Union Rapid Alerts System for Food and Feed (EURASAFF).
"Notifikasi tersebut menyatakan bahawa terdapat penarikan balik produk aiskrim dari negara Perancis yang mengandungi ekstrak vanilla dari negara Madagascar yang dikesan mengandungi ETO melebihi tahap yang dibenarkan.
"Produk aiskrim tersebut juga telah diedarkan ke beberapa buah negara termasuk Malaysia.
"Sejak isu tersebut dilaporkan dan notifikasi diterima oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia pada bulan Julai 2022, tindakan yang sewajarnya telah diambil di mana pihak syarikat yang mengimport telah menarik balik produk aiskrim terlibat di pasaran secara sukarela," jelasnya.
KKM menegaskan, pemantauan berterusan akan dilaksanakan bagi memastikan produk terbabit tidak dipasarkan di negara ini.
ETO merupakan sebatian gas kimia yang bersifat karsinogenik dan sering digunakan bagi menjalankan pewasapan untuk membunuh makhluk perosak seperti serangga. Ia juga digunakan sebagai bahan aktif dalam bahan pencuci tetapi tidak dibenarkan penggunaannya pada permukaan yang bersentuhan makanan.
"KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.
"Sekiranya pengguna masih merasa ragu-ragu akan produk berjenama terlibat yang dijual, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat, menyalurkan pertanyaan melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM)," jelas Dr Noor Hisham lagi.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

#FoodiesLife: Bagai Pinang Dibelah Dua! Häagen-Dazs & Pierre Hermé Bawakan Keunikan Perancis Ke Malaysia

gempak
24/06/2023
14:55 MYT
Nikmati musim panas dengan sentuhan mewah dan hasil tangan ‘Picasso Pastri’
Covid-19

Ujian Saringan Parlimen: “Lima Sampel Disahkan Varian Delta” - Dr Noor Hisham

gempak
10/08/2021
21:07 MYT
Varian Delta.... Stay safe guys...
Covid-19

“Vaksin Sinovac, Pfizer Sama Berkesan” - Dr Noor Hisham

gempak
21/07/2021
07:48 MYT
Dua-dua vaksin berkesan, jangan buat spekulasi sendiri ya.
Laman Utama

COVID-19: Kes Melonjak Naik Ke 6,437, Selangor Kekal Negeri Tertinggi

gempak
29/06/2021
08:21 MYT
Jaga diri & keluarga!
Covid-19

COVID-19: “2,341 Kes Baharu, Sarawak Tertinggi” - Dr Noor Hisham

gempak
20/04/2021
11:05 MYT
Sarawak mencatat angka tertinggi dengan 600 kes jangkitan.