Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Aisyah Aziz Akui Isu Aliff Aziz & Ruhainies Beri Tamparan Hebat Kepada Keluarga - “Mungkin Dengan Menyebarkannya Buat Anda Rasa Seronok”

Asyikin Mayudin
12/03/2024 02:05 MYT
Adik kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu penyanyi Aisyah Aziz akhirnya tampil membuka mulut mengenai kontroversi yang melanda abangnya didakwa ditangkap khalwat dengan aktres Ruhainies.

BERITA TRENDING: “30 Minit Bukan Tiga Jam…” - Ruhainies Anggap Aliff Aziz Kawan, Dah Kenal Lebih 10 Tahun

Mengakui isu itu memberi tamparan yang hebat buat dia sekeluarga, Aisyah bagaimanapun menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan sesuatu berita yang tidak sahih.

"Kami sekeluarga telah menerima tamparan yang hebat sejak kebelakangan ini. Tamparan hebat daripada orang jahil. Namun saya tidak boleh menilai anda berhubung perkara itu (kes berkhalwat).

"Mungkin bercakap tentang itu dan menyebarkannya membuatkan anda rasa seronok, namun saya berharap anda boleh menahan godaan daripada menyebarkan maklumat yang tidak sahih atau aib kerana kami mungkin diuji untuk itu," kongsinya.

Justeru, penyanyi lagu Mimpi itu turut berpesan kepada semua pihak agar berhati-hati dalam berkongsi sesuatu berita.

"Allah telah menutup aib kita daripada dilihat seluruh dunia, janganlah kita menjadi sebahagian daripada mereka yang menyebarkan aib orang lain," tambahnya.

Terdahulu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita membabitkan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz dan aktres Ruhainies yang ditangkap berkhalwat di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu kota.

Aliff dan Ruhainies menerusi hantaran di Instagram Story masing-masing ada mengeluarkan kenyataan dengan meminta orang ramai berhenti membuat spekulasi tidak benar termasuk menidakkan dakwaan mereka ditangkap basah.

#Aliff Aziz #Bella Astillah #Ruhainies #Aisyah Aziz #Ruhainies Aliff #Aisyah Aliff
;