Hiburan
“30 Minit Bukan Tiga Jam…” - Ruhainies Anggap Aliff Aziz Kawan, Dah Kenal Lebih 10 Tahun
Pelakon Ruhainies tampil menjelaskan mengenai laporan penangkapan dia dengan penyanyi Aliff Aziz yang didakwa mengambil masa tiga jam untuk membuka pintu.
BERITA TRENDING: Pelbagai Spekulasi Timbul, Ruhainies Tampil Pertahankan Diri - “Ia Sama Sekali Bukan Tangkap…
Pelbagai spekulasi timbul disebabkan laporan itu, Ruhainies menegaskan kejadian itu berlaku bukan tiga jam tetapi hanya 30 minit sahaja.
"30 minit. Bukan tiga jam. Apa yang berlaku bukanlah seperti yang diperkatakan dan sebenarnya tak sampai tiga jam pun.
“Apabila benda tidak tepat dikeluarkan, jadi lebih banyak spekulasi dibuat oleh orang ramai," kata Ruhainies kepada Gempak.
Dalam pada itu, Ruhainies turut memberitahu dia dan suami kepada pelakon Bella Astillah itu hanya sekadar kawan dan sudah mengenali satu sama lain sejak lebih 10 tahun.
"Saya dan Aliff hanyalah kawan dan kami dah kenal satu sama lain sejak lebih 10 tahun lalu. Sekarang pun, kami berkawan dan selalu dilihat bersama kerana sedang menjalani penggambaran drama bersiri,” ujarnya.
Bagaimanapun, Ruhainies berkata dia akan menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan tak lama lagi.
"Saya akan keluarkan kenyataan rasmi nanti. Saya tak mahu memberikan kenyataan bersifat terburu-buru kerana tidak mahu kenyataan saya ditokok tambah atau dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya.
Must-Watch Video