Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Aisyah Hijanah Nafi Dakwaan Seleweng Duit Derma Orang Awam, Bakal Ambil Tindakan - “Jika Saya Berdiam Pun Tetap Disalahkan”

Mya Amri
02/07/2024 12:28 MYT
Personaliti media sosial, Aisyah Hijanah akhirnya tampil menafikan dakwaan menyeleweng dana orang awam termasuk tuduhan yang dilemparkan terhadap diri dan suaminya, Aliff Teega.

Sangkal segala dakwaan


Aisyah memaklumkan perkara itu menerusi kenyataan di hantaran terbaharu akaun Instagram miliknya pada Selasa.

Menurut Aisyah, dia dan suami tidak pernah menggunakan wang tersebut untuk tujuan peribadi dan dakwaan menerima komisyen sebanyak 20 peratus juga tidak benar.

“Saya ingin menegaskan saya dan suami tidak menggunakan duit derma sewenangnya untuk tujuan peribadi. Saya juga tidak menerima 20 peratus komisyen sebagaimana yang didakwa.


"Saya pilih untuk serahkan segalanya kepada peguam kerana jika saya mempertahankan diri, kenyataan saya akan dimanipulasi dan isu ini akan menjadi lebih besar.

“Sebab itu saya memilih untuk melawan secara profesional. Ditambah pula ada yang buat akaun palsu Facebook atas nama saya sedangkan saya cuma ada Instagram dan TikTok sahaja.

“Saya telah beri segala keterangan kepada peguam saya tentang hal ini. Sosial media bukanlah tempat untuk menunjukkan siapa betul dan salah.

“Saya berada disatu posisi yang jika saya beri penjelasan pun akan dimanupulasikan dan provoke, jika saya berdiam pun akan tetap disalahkan dan di provoke.


“Saya okay sahaja dengan segala tanggapan anda terhadap saya. Saya tidak ada kuasa mengenai perkara itu.

“Saya hanya boleh mengawal keputusan saya untuk melayan provokasi atau tidak,” tegasnya.

BERITA TRENDING: Alif Teega, Aisyah Hijanah Nafi Terlibat Komisyen Derma 20% - "Malah Muka Kami Digunakan Tanpa Izin"

BERITA TRENDING: Netizen Dah Mula Muak Dengan Aisyah Hijanah & Alif Teega? - “Maaf Lah, Lama Lama Rasa Macam Konten Pula”

BERITA TRENDING: Alif Teega Setuju Serah Aset 100% - “Aisyah Dah Jalankan Tanggungjawab Isteri Dengan Sangat Baik



Akan ambil tindakan terhadap pemfitnah

Dalam kenyataan yang sama, Aisyah menegaskan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang memfitnah mereka.

“Insya-Allah, saya juga memandang serius apa kenyataan yang telah diberikan oleh beberapa individu yang saya kenalpasti berdasarkan sumber yang dikeluarkan oleh akaun berkenaan.

“Tindakan akan diambil ke atas mereka. Tiada lagi sebarang respond daripada pihak saya selepas ini. Kita lakukan secara profesional,” jelasnya.


Berikut merupakan kenyataan penuh Aisyah:

A post shared by AISYAH HIJANAH (@aisyahhijanah)



Terdahulu, tular di media sosial apabila sebuah akaun di Facebook mendakwa Aisyah membuat kutipan derma untuk kepentingan peribadi.

BERITA TRENDING: Aisyah Hijanah Kongsi Berita Gembira, Harta Sepencarian, Termasuk Aset & Share Perniagaan Kini Miliknya - “Bukan Bermakna Kita Tamak”

BERITA TRENDING: “Senyuman Aisyah Mampu Sakitkan Hati Fatin” - Abang Ipar Dakwa Fatin Umaidah Sengaja Sebarkan Voice Note Dan Play Victim


Akaun tersebut turut memberitahu Aisyah sanggup mencipta kontroversi dimadukan oleh suaminya semata-mata mahu mencari publisiti dan simpati masyarakat.

Malah kemewahan yang dimiliki Aisyah juga turut dipersoalkan selain mendakwa perkara itu hanya diketahui oleh bekas pekerja, pembekal tudung (rakan bisnes) dan juga pempengaruh media sosial.


#Fitnah #Peguam #Aisyah Hijanah #Dakwaan #Ambil Tindakan #Aliff Teega #Seleweng Duit
;